
Kenapa kebanyakan rakyat malaysia suka bercuti di langkawi? Ini kerana Langkawi adalah satu tempat pelancongan yang menarik di malaysia.Masakan tidak, Langkawi terkenal dengan hub pedagangan bebas cukai.Entry ini akan menceritakan serba sedikit tips bercuti di langkawi supaya anda dapat berjimat ketika berada disana.
Sedikit Tips Bercuti Di Langkawi dan Asal Usulnya

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi“. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.
Di Langkawi terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Pertama jangan lepaskan peluang untuk join Island Hopping atau Pulau Payar atau Kilim Geoforest Tour.Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat ke kaunter-kaunter yang menyediakan perkhidmatan ini di area jetty Langkawi atau di Pantai Chenang.
Selain itu jangan lepaskan peluang untuk ke Underwater World, Oriental Village naik Cable Car dan yang terkini di Oriental Village menaiki Duck Tour..

Jika ada masa yang panjang disana jangan lepaskan peluang juga untuk ke Makam Mahsuri, Wild Life (Bird Paradise) atau boleh juga ke Telaga Tujuh atau Temurun Water Fall dan juga Telaga Air Hangat.
Paling seronok bermain adalah dikawasan Pantai Chenang. Terdapat aktiviti pantai seperti naik Jet ski, banana & Para Sailing atau lepak lepak mandi pantai sebab pasir di pantai chenang amat mempesonakan.

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti adalah pada waktu bukan cuti sekolah kerana harga yang ditawarkan amat rendah dan boleh tawar menawar.Antara kebaikannya ialah kita boleh tawar menawar dalam segala hal di Langkawi terutama kepada tiket tiket seperti Island Hopping, Jet Ski, sewa kereta dan sebagainya yang melibatkan agensi-agensi kecil. Cuma tiket di Underwater world memang tidak dapat dielakan.
Untuk maklumat anda kebiasaan sewaan kereta Vios/Almera/Honda/Pesona pada musim cuti sekolah ialah antara RM80-RM120 tetapi pada musim bukan cuti sekolah harga boleh dikurangkan sehingga RM50-RM60 sehari. Kelebihan lain ialah tak perlu beratur panjang-panjang untuk naik Cable Car, juga harga makanan dan barang-barang jualan akan lebih murah.
Berikut adalah harga tambang tiket feri dari kuala kedah ke langkawi
- Satu arah Perjalanan/sehala
- Dewasa (12 tahun keatas) rm23 seorang
- kanak-kanak (3-11 tahun) rm17 seorang

Untuk tempahan Hotel di Langkawi anda boleh click link dibawah:
>>>>>>>>>>>>> CLICK DISINI <<<<<<<<<<<<<<<
Leave a Reply