Tempat Menarik Bercuti Di Cameron Highland

Cameron Highland
Cameron Highland

Selain entry bercuti di Langkawi  terdapat juga tempat menarik dan sejuk untuk di lawati di Malaysia iaitu Cameron Highland. Disana adalah tempat paling menyeronokan untuk bercuti kerana udaranya yang sejuk dan selesa. Banyak pengalaman manis saya ketika berada di Cameron Highland, terutamanya melawat tempat-tempat menarik di cameron highland. Berada disana untuk 2 hari 1 malam tidak cukup rasanya seelok-eloknya anda harus berada disana 3hari 2malam.

Dimanakah tempat menarik bercuti di Cameron highland

Kebun teh Cameron Valley
Kebun teh Cameron Valley

Perjalanan dari pulau pinang ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai mengambil masa 2 jam dengan menaiki kereta Hilux. Tidak terasa penat memandu kereta 4×4 ini kerana ianya tinggi dan selesa. Lagipun selepas ke Cameron Highland saya akan terus ke Johor Bahru. Maklumlah bercuti sakan waktu tu walaupun duit banyak yang dibelanjakan. Tapi kata orang bercuti biar puas,duit habis boleh dicari, keseronakan bersama insan tersayang itulah merupakan kenangan yang terindah.

Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam kami berehat di Cameron Tea di Brinchang, suhu pada waktu itu tidaklah sejuk sangat tetapi terasa nyaman bila ada hembusan angin. Makanan dan minuman disitu agak mahal, tetapi berbaloi dengan panorama keindahan pokok teh yang sejuk mata memandang. setelah makan dan minum kami berjalan-jalan disekitar  pokok teh, pokok  teh tersebut tidaklah tinggi mana rata-ratanya setinggi paras pinggang dewasa sahaja.

Homestay
Homestay

Hampir menjelang waktu maghrib kami beredar dari Cameron Tea dan menuju ke rumah tumpangan atau lebih dikenali sebagai homestay. Rate sewa pada hari tersebut adalah sebanyak 200 ringgit untuk semalam, yang meletihkan homestay ini berada di tingkat 3 dan tiada lif disitu.Rumah tersebut agak luas dan mempunyai 3 bilik, bilik utama terdapat bilik air dan setiap bilik air disediakan water heater. Tuan rumah juga menyediakan wifi percuma berserta siaran astro. Saya memilih rumah ini kerana terdapat wifi sahaja kerana memudahkan saya untuk mengakses internet.

Pasar malam brinchang
Pasar malam brinchang
Pasar malam brinchang
Pasar malam brinchang

Selesai sahaja solat isyak kami bersiap untuk ke pasar malam Brinchang, Pasar malam dibuka setiap hari jumaat dan sabtu. Sesiapa yang membawa anak dinasihatkan membawa stroller budak, senang jika hendak sangkut barang atau meletakan barang barangan.Disitu harga barang seperti sayur dan strawberry memang murah dan terdapat juga barang cenderahati dijual. kami makan malam disini kerana mak saya tidak larat lagi untuk berjalan. Habis sahaja makan  disana kami terus balik ke  homestay untuk berehat.

Keesokannya,pagi-pagi  lagi kami sudah bersiap untuk bersarapan di restoran Abang strawberry di kampung sedia padang rata . Disana ada disediakan juadah nasi lemak dan yang paling utama adalah untuk merasai sendiri keenakan sambal strawberry. Harga juga berpatutan dan service dan layanan memang terbaik. Selesai bersarapan terus ke Agro-Technology Park MARDI yang berdekatan dengan homestay kami.

Abang Strawberry
Abang Strawberry

Agro-Technology Park MARDI merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan  sungguh luas yang paling menarik adalah  keindahan alam semula jadinya kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh .Terdapat juga binatang comel seperti arnab, ianya sangat jinak dan pengungjung dibenarkan untuk memegang arnab tersebut. Bayaran masuk untuk dewasa adalah sebanyak 5 ringgit manakala kanak-kanak sebanyak 3 ringgit dan ditutup pada hari isnin.

Bagi arnab makan
Bagi arnab makan

Hampir 2 jam kami di Agro-Technology Park MARDI, kami meneruskan perjalanan ke Lavender Garden, disini terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga pelbagai jenis yang diantaranya ialah daisy, camelia ,mawar,rose dan sebagainya. Untuk melawat di Lavender Garden ini, bayaran akan dikenakan sebanyak 5ringgit  untuk dewasa dan 3 ringgit untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam. Anda juga boleh membeli cenderahati, merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang sungguh sedap dan lazat.

Taman Lavender
Taman Lavender

Setelah puas berada Lavender Garden , kami meneruskan destinasi ke Kea Farm. Kea Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan cenderahati, buah, bunga atau pun sayur-sayuran segar.Selain itu juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak dengan para pengunjung. Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih kurang dalam 3 km.Kawasan ini kebiasanya menjadi destinasi terakhir pengunjung untuk membeli sayur-sayuran.

Potong dahan strawberry
Potong dahan strawberry

Akhir sekali kami menuju ke Taman Rama-rama kerana ianya berdekatan dengan KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama dengan pelbagai warna dan amat cantik. Taman rama-rama ini diperbuat seperti mini zoo dan terdapat binatang lain seperti kumbang, ikan, kura-kura dan sebagainya yang dipamerkan disana. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya 5 ringgit untuk dewasa dan tiga ringgit untuk kanak-kanak.

Percutian 2hari 1 malam  yang singkat ini sungguh menyeronokan dan kami bercadang untuk pergi lagi dimasa akan datang.

Untuk Menempah hotel dengan harga murah anda boleh click link dibawah:

atau

>>>>>>>>>>>>> CLICK DISINI <<<<<<<<<<<<<<<


 

 

About slumber 86 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*