Berkelah Di Pantai Miami Batu Feringgi Pulau Pinang

Berkelah di pantai Miami
Berkelah di pantai Miami
Pantai Miami Batu Feringgi Pulau Pinang
Berkelah di Pantai Miami Batu Feringgi Pulau Pinang

Perancangan untuk berkelah telah dirancang sejak seminggu lagi, jumlah keluarga yang pergi seramai tiga buah keluarga, masing-masing membawa kenderaan sendiri menuju ke sana. Pantai miami di batu feringi pulau pinang menjadi destinasi untuk kami berkelah.

Tepat Jam 11 pagi, saya dan keluarga menuju ke secret recipe seberang jaya kerana isteri mengidam hendak makan kek dari secet recipe.Maklumlah orang mengandung kita hendaklah turutkan sahaja. Saya pula menunggu di dalam kereta, anak saya sibuk dengan tingkah lakunya, sibuk bercakap hendak mengajak saya pergi ke shooping complex sunway carnival. Kerana di sunway carnival terdapat tempat permainan untuk kanak-kanak  seusianya. Makciknya wawa selalu membawanya kesana pada hujung minggu, jika ternampak je sunway carnival dier akan merengek meminta hajat untuk bermain disana, saya memujuknya  bahawa kita akan ke pantai miami dan bermandi manda disana, dier masih sama dan pujukan saya tidak mendatangkan hasil.Kesimpulannya setelah isteri sudah membeli kek, saya terus memecut kereta menuju kesana.

Selepas membayar tol sebanyak rm5.60 kami melihat panorama keindahan jambatan pulau pinang, terdapat bot private, kapal dan sampan nelayan melalui bawah jambatan pulau pinang.Perjalanan menaiki kereta mengambil masa 30minit dari Seberang perai ke pantai maimi batu feringgi.

Suasana Berkelah Di Pantai Miami Batu Feringgi Pulau Pinang

Akhirnya sampai tempat yang ingin dituju, tetapi parking amat penuh disitu kerana kami berkelah pada hari minggu.Kami merancang untuk menunggu parking sahaja didalam kereta. Alhamdulilah setelah limit minit menuggu ,terdapat keluarga yang ingin beredar dari pantai miami. Mungkin keluarga tersebut sudah lama berada disitu dan ingin beredar,lantas ada tempat untuk saya parking.

Walaupun parking agak penuh, tetapi kawasan tersebut luas untuk kami berkelah, air laut tidak pasang pada waktu itu dan memudahkan kami mencari tempat port yang sesuai dibawah pokok kelapa supaya mudah berteduh, maklumlah waktu kami tiba jam telah menunjukan pukul 12 tengahari.

Suasana pantai
Suasana pantai
Suasana bermandi manda
Suasana bermandi manda
IMG_3796
Tempat Berkelah
Gerai Jualan
Kedai mainan untuk kanak-kanak
IMG_3791
Gerai Makan

Terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman disini. Cendol durian,air kelapa, rojak buah, laksa, jagung rebus dan pelbagai lagi makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan.Meja turut disediakan oleh peniaga untuk pelangan  menjamu selera.Bukan sahaja gerai makanan tetapi alatan  untuk berenang dan mainan untuk kanak-kanak  juga ada dijual.

 

Bekalan Makanan
Bekalan Makanan
Kambing bakar, lazatnya..
Kambing bakar, lazatnya..

Cuaca agak panas tetapi suasana disitu meriah. Pantai disitu agak bersih dan tenang. Seperti berada di Langkawi sewaktu saya bercuti dengan keluarga.kanak-kanak bermain pasir, berlari dan berendam di pesisiran pantai. Saya juga mengambil kesempatan menangkap gambar dan melihat ombak memecah pasir di dataran.

Saya agak terkejut, rupanya tujuan berkelah ini  adalah untuk menyambut hari kelahiran saya. patutlah isteri menyuruh saya duduk didalam kereta menjaga anak , rupanya dier ingin membuat kejutan kepada saya.

Kami hanya membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah, ada juga peralatan memasak kami sediakan untuk membakar daging kambing. sungguh enak menjamu selera setelah puas bermandi mandi.

Tandas juga ada disediakan,tandas ini baru dibina dan diselia oleh pertugas perbandaran pulau pinang. Bayaran kemasukan sebanyak 20 sen diperlukan untuk membuang air dan rm1.00 sekiranya anda ingin mandi membersihkan badan.

Setelah pukul 4 petang, kami  beransur pulang kerana air laut mulai pasang . Alhamdulilah segalanya berjalan lancar, jika ada kelapangan saya akan berkelah lagi disini.

Anda boleh menempah hotel disekitar batu feringgi untuk kesini dengan click link dibawah:

>>>>>>>>>>>>> CLICK DISINI <<<<<<<<<<<<<<<

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*