10 Tips Cara Mencegah Rambut Gugur

Petua cegah rambut gugur
Petua cegah rambut gugur

Setiap manusia daripada kita pasti akan mengalami keguguran rambut setiap hari. Apa yang menjadi masalah adalah apabila rambut yang gugur ada kalanya diganti dengan rambut baru.kesannya rambut akan menipis dan seterusnya boleh menyebabkan botak. lebih mengejutkan apabila ianya berlaku pada usia anda yang masih muda.Pernahkah anda melihat gambar anda sewaktu muda dulu, adakah rambut anda semakin lebat atau berkurangan, di bawah ini saya sertakan 10 tips cara mencegah rambut gugur.

Rambut Gugur
Masalah Rambut Gugur

Ini adalah 10 Tips Cara Mencegah rambut gugur di usia muda.

Pertama, amalkan makanan dengan nutrisi yang seimbang untuk kesihatan rambut, anda boleh menggunakan kapsul perawatan rambut yang terdapat di farmasi dan salun rambut.

kedua, sentiasa mengguna hujung tapak jari anda untuk mengurut kulit kepala, anda boleh mengurut ketika mencuci rambut menggunakan syampu.Pastikan urutan rambut dengan pengerakan bulatan keranya ianya membantu peredaran darah pada kulit kepala, seterusnya mengalakan pertumbuhan rambut.

Ketiga, sisir rambut anda dengan lembut kerana ianya membantu  mecahkan minyak-minyak pada kulit kepala yang sebelum ini meutup pori-pori kulit.

Keempat, hindari rambut daripda terdedah sinaran matahari atau cuaca yang terlalu berangin. Elakan daripada mengguna pengering rambut ataupun mencuci rambut dengan air panas terlalu kerap.

Kelima, jangan memakai topi terlalu ketat kerana mengakibatkan peredaran darah terganggu.Ianya menyebabkan kehadiran peluh.

Keenam, Sentiasa mengehadkan penukaran warna rambut, cubalah mengehadkan sekurang-kurangnya dua bulan sekali.Merwarna rambut dengan kerap boleh merosakan rambut.

Ketujuh, jangan berikan tekanan kepada rambut anda , dalam erti kata lain, sikatlah rambut anda dengan lembut tanpa mebiarkan rambut anda tertarik kuat semasa menyikat.mengikat rambut dengan kerap juga boleh memberi tekanan kepada rambut.

Kelapan, sentiasa mendapatkan tidur yang cukup kerana ia adalah rawatan yanng mudah mengatasi rambut gugur.

Kesembilan, selepas mencuci rambut dengan syampu, jangan lupa menggunakan perapi rambut, selain itu sentiasa mengunting hujung rambut anda secara rutin daripada mengelakan rambut bercabang.

kesepuluh, sekiranya masalah keguguran rambut masih berlaku, dapatkan nasihat doktor atau pakar dermotologi untuk rawatan seterusnya.

Inilah 10 tips mencegah rambut gugur, semoga tips ini membantu anda daripada mengalami keguguran rambut.

About slumber 99 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Trackback / Pingback

  1. Tips Menyediakan Jus Buah-buahan - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*