Cara Lelaki Memikat Wanita Dalam berpakaian

Cara bergaya berpakaian
Cara bergaya berpakaian
Gaya berpakaian lelaki
Gaya berpakaian lelaki

Bagi lelaki, penampilan dalam berpakaian tidak bergitu penting asalkan dalaman dan keperibadian baik dan sempurna. untuk pengetahuan lelaki di luar sana, wanita lebih suka lelaki berpenampilan menarik.

Inilah Cara Lelaki Memikat Wanita Dalam berpakaian

Perkara penting dalam penampilan seorang lelaki adalah ukuran pakaian yang sesuai. Pastikan setiap ukuran pakaian anda berpadanan dengan bentukbanda anda. ini adalah kerana, kebanyakan lelaki lebih gemar mengenakan pakaian yang lebih besar dari badan.

Anda boleh  mengenakan pakaian fesyen untuk kelihatan menarik tetapi jangan pula terlebih menonjol. Pastikan pemilihan pakaian warna tidak melebihi 3 warna dan tidak memakai aksesori yang berlebihan.

Peraturan utama dalam berpakaian adalah keserasian dan bersesuaian antara baju dan seluar. Jika anda menggunakan jaket atau sut,pastikan bahagian bawahnya seluar jeans atau slack.Ini kerana anda tentu sekali tidak mahu orang lain melirik pandangan kepada anda kerana silap berpakaian.

Perkara utama yang diperhatikan oleh wanita ialah kasut dan kebersihan.Mungkin mudah untuk menjaga pakaian tetapi lelaki sering mengabaikan kebersihan kasut.oleh sebab itu lelaki diluar sana hendaklah sentiasa membasuh dan menjaga kebersihan kasut sentiasa.

ronaldo

Rambut juga menjadi satu perkara penting pada pandangan wanita untuk diperhatikan. Sesuaikan dandanan rambut dengan bentuk kepala anda. Gaya rambut yang salah akan menurunkan kualiti penampilan anda.Selain itu anda tidak sepatutnya memakai pakaian hanya kerana anda ingin mengikut trend terkini. Seharusnya anda menggunakan pekaian yang lebih selesa, nyaman, bersama aksesori yang bersesuian.

Dalam membeli belah hendaklah jadikan ia sesuatu yang menggembirakan, jika anda menggangap  membeli pakaian sesuatu yang membosankan dan meletihkan. Ini bermakna anda dalam golongan lelaki yang mungkin dipandang sebelah mata oleh wanita. Jika anda malu dan segan atau tidak tahu memilih pakaian yang sesuai.Cuba ajak kawan baik anda untuk membeli pakaian.Jangan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada jurujual dalam memberi pendapat. kadang kadang,mereka juga ingin mencari keuntungan atas pakaian yang dijual.

Ikuti tips dan panduan untuk lelaki di luar sana agar tampil lebih bergaya.

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*