Tips Menyediakan Jus Buah-buahan

jus buah-buahan
jus buah-buahan
jus buah-buahan
jus buah-buahan

Ramai yang tahu khasiat buah-buahan dan jus buah-buahan. Ia kaya dengan zat antioksiden seperti vitamin A,C dan E selain membantu mengurangkan risiko penyakit kanser. untuk pengetahuan anda buah-buahan yang berwarna oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata.

Bagaimana Menyediakan Jus buah-buahan

Untuk membuat jus  sebaik-baiknya pilihlah buah-buahan yang segar,masak dan tidak disimpan terlalu lama agar jus lebih enak dan bermanfaat pada tubuh.

Untuk pengetahuan anda, jus perlu diminum segera sekurang-kurangnya 30minit setelah disediakan. ini kerana bagi mengelakan kandungan vitamin larut airnya rosak dan terdedah kepada cahaya, oksigen ataupun suhu panas.

Sekiranya mahu menambahkan pemanis hendaklah menggunakan madu,gula merah atau gula perang.

Jus epal perlu diminum segera dan tidak sesuai disimpan lama walaupun didalam peti sejuk.Ini kerana jus epal lebih cepat dioksidakan.

jus buah-buahan

Anda disarankan untuk mengambil buah-buahan atau jus buah-buahan bersama sarapan pagi. Lebih baik lagi, jika buah-buahan atau jus diambil ketika perut kosong atau sebelum mengambil sebarang jenis makanandi waktu pagi. Ini kerana mengambil jus sebelum makan akan melancarkankan sistem percernaan. Makanlah sekurang-kurangnya satu sajian buah-buahan setiap kali waktu makan.

Buah-buahan tidak mengandungi kolestrol,rendah lemak dan kalori. Ia berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Selain itu, buah-buahan juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium dan kalsium untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kombinasi pelbagai jenis buah-buahan akan menjadikan jus lebih menarik. Selain itu, kombinasi tersebut akan menambahkan khasiat pada jus itu sendiri.Pengambilan jus lebih memberi banyak manfaat kesihatan berbanding mengambil buah-buahan potong yang terdapat di gerai -gerai makanan dan minuman.

Khasiat jus kombinasi pelbagai jenis buh-buahan boleh melancarkan sistem pencernaan, sembelit dan kembung perut.

Ini diantara tips-tip menyediakan jus  buah-buahandan kelebihannya. Anda hendaklah sentiasa mengamalkan permakanan yang sihat seperti yang kita ketahui diantara setiap buah ada khasiatnya seperti buah jeruk baik untuk rambut , buah karot baik untuk mata, buah durian belanda baik untuk mencegah kanser, buah oren penuh dengan vitamin c  dan sebagainya. Diharapkan artikel ini dapat membantu serba sedikit dalam menyediakan jus buah-buahan.

Anda boleh membeli machine membuat jus dengan harga diskaun dengan click link dibawah:

>>>>>>>>>>>>>>>>> CLICK DISINI <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*