Renovate Rumah Lama di Pulau Pinang Part 1

renovate rumah di pulau pinang
renovate rumah di pulau pinang

Rasanya sudah hampir 5 bulan saya tidak menulis artikel di dalam website biskutmarie.com ni kerana sibuk dengan urusan kerja dan kelahiran anak yang ketiga. Banyak lagi artikel berkaitan dengan umrah bersama keluarga tidak saya titipkan lagi didalam blog saya. Buat masa sekarang saya lebih berminat untuk menulis tentang rumah lama yang akan di renovate menjadi lebih baru dan segar.

Baiklah rumah yang akan di renovate ini adalah rumah banglo. Dengar sahaja perkataan banglo pasti sahaja akan berasa teruja.. hahaha.. yang pasti adalah rumah banglo kampung, banglo bererti rumah di dalam satu lot tanah. Jadi rumah yang saya beli ini adalah satu rumah kampung batu yang terletak dikawasan yang bagi saya amat strategik di pulau pinang. Rumah ini dibeli pada tahun 2016 dan disewakan sehingga 3 tahun. Itu pun setelah penyewa mendapat rumah baru dan ingin berpindah(penyewa beli rumah jiran sebelah je x jauh mana). Pada mulanya agak keberatan untuk membeli rumah ini kerana banyak juga kos ubah suai yang diperlukan tetapi memikirkan kawasan rumah yang dekat dengan masjid serta keluasan tanah yang besar iaitu 3000sqft saya gagahi juga membeli rumah tersebut. Disebabkan saya mempunyai pengalaman membeli rumah pertama tanpa menggunakan agent jadi segalanya saya lakukan sendiri sehingga urusan jual beli rumah yang hampir dekat 5 bulan pun selesai. Jika anda lakukan sendiri saya rasa anda dapat berjimat hampir 2@3 percent kos upah agent. Sekiranya rumah berharga rm200k sekurang-kurangnya upah agent sahaja sudah mencecah angka 5k. Walaupun rumah yang saya beli ini agak usang dan lama tetapi permintaan orang ramai untuk menyewa dikawasan tersebut amat tinggi.

Dalaman rumah sebelum renovation
Dalaman rumah sebelum renovate.
Ruang tamu
Ruang tamu yang akan di renovate
Tandas dan ruang mesin baju yang akan di renovate
Tandas dan ruang mesin baju yang akan di renovate
Bilik air
Bilik air
Jamban
Jamban

Setelah penyewa berpindah saya terus menghubungi tukang rumah warga bangladesh yang telah menetap di Malaysia hampir 30tahun. Banyak rumah yang telah beliau bina dan saya sendiri melihat hasil tangan yang baik dan memuaskan hati. Nanti saya akan share no contact tukang ini setelah proses ubah suai rumah saya selesai kerana saya bimbang beliau akan terlalu sibuk nanti. Tujuan utama renovation rumah ini adalah untuk di jadikan homestay seperti juju homestay .Nantikan sambungan renovate rumah part 2.

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Renovate Rumah Lama Di Pulau Pinang part 2 - Biskut Marie
  2. kos renovation rumah lama - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*