Cabaran awal memulakan bisnes homestay

Juju homestay RM140 Sehari
Juju homestay RM140 Sehari

Rasanya sudah setahun tak update blog biskut marie ni. kali ni saya hendak becerita sedikit pengalaman saya menguruskan bisnes homestay.  Sebenarnya banyak cabaran dan dugaan dalam memulakan bisnes homestay.

Antara Cabaran awal dalam menguruskan bisnes homestay

  1. Pada awalnya Apartment homestay ni adalah rumah tempat keluarga saya berteduh. Apartment ni bekeluasan 650sqft dan mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Setelah berpindah banyak barang-barang rumah yang terpaksa saya tinggalkan terutama buku-buku study dan juga beberapa barangan rumah yang bagi saya tidak perlu dibawa bersama. So sebagai langkah mudah saya menjadikan bilik kecil sebagai store tempat menyimpan barang-barang.
  2. Perkara yang paling remeh adalah untuk mengecat rumah. Memang pada awalnya saya pernah mengecat apartment n. Tapi saya perlu mengecat balik gara-gara anak saya yang berumur 3 tahun sudah pandai menjadi pelukis. Habis dinding-dinding rumah penuh dengan contengan dier.
  3. Saya terpaksa mengeluarkan modal saya terlebih  dahulu untuk membeli set cadar, selimut, cat, barang perhiasan dan kelengkapan lain. Rasanya hampir seribu juga duit habis untuk barang-barang ni.
  4. Setelah rumah siap untuk diduduki oleh customer antara yang melecehkan adalah dalam menetapkan waktu kemasukan cutomer. Memanglah saya menetapkan waktu check in pukul 2 petang dan check out 12 tengahari. Tapi adakalanya customer saya yang check in petang atau lewat malam dan checkout awal pagi. Cabaran ini memang memenatkan, tapi Alhamdulilah kerana isteri saya banyak membantu saya sekiranya saya bekerja dan tidak dapat melayan customer.
  5. Perkara yang menakutkan adalah melihat bil air dan elektrik. Saya perlu menasihati customer  supaya menutup segala barangan elektrik terutama aircond ketika keluar rumah.

Butiran lengkap tentang Juju homestay

Rumah Ground Floor Beserta WiFI dan Parking lot Depan Rumah Di Permatang Pauh klik Disini 

Bilik Utama berserta aircond
Bilik Utama berserta aircond

 

Bilik tidur kedua
Bilik tidur kedua

 

Ruang Tamu
Ruang Tamu

Rumah lengkap dengan

WiFi
Smart tv led (Boleh access youtube dan Movie)
Mesin basuh
Peti ais
Iron baju
Microwave
Water filter Nihoma essential (Penapis Air)

Terdapat 2 bilik:
Bilik master queen bed beserta aircond dan buaian baby
Bilik kedua katil single 2 buah kipas dinding
Dibenarkan memasak

Rumah berdekatan dengan politeknik seberang perai
Uitm Permatang Pauh
Pusat membeli Belah AEON Big , Parkson Sunway Carnival Mall, Pinang Megamall, Tesco &
Perda City Mall, Mydin Mall.
Pacific Megamall
Hospital Seberang Jaya, Bagan Specialist & KPJ bandar Perda
Terminal Feri Pulau Pinang/ Terminal Bas Butterworth / Stesen Keretapi Butterworth & Bukit
Mertajam.

Bagi mereka yang hendak bermalam di sini bayaran yang saya kenakan adalah sebanyak rm140 semalaman. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungsi saya Ajir:0124497372

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

7 Trackbacks / Pingbacks

  1. Kebaikan Penapis Udara Jenama Panasonic F-PXJ30A - Biskut Marie
  2. Contoh Perjanjian Sewa Rumah - Biskut Marie
  3. Renovate Rumah Lama di Pulau Pinang Part 1 - Biskut Marie
  4. Cara Pasang Vinyl Floor Di Rumah Homestay - Biskut Marie
  5. Aqil homestay di Permatang Pauh Pulau Pinang - Biskut Marie
  6. Beli Dan Pasang Perabot Almari Baju Dan Laci Di Lazada - Biskut Marie
  7. Homestay dan Melancong di Pulau Pinang - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*