Nur Cemerlang Seberang Jaya

Aktiviti Nur Cemerlang Seberang Jaya Melawat Taman Rama-Rama
Aktiviti Nur Cemerlang Seberang Jaya Melawat Taman Rama-Rama

Nur Cemerlang Seberang Jaya adalah salah satu cawangan  nur cemerlang yang terdapat di kawasan Seberang Jaya Pulau Pinang. Jika di kawasan pulau terdapat 4 cawangan disana:

  1. Nur Cemerlang Sungai Ara.
  2. Nur Cemerlang Balik Pulau
  3. Nur Cemerlang Bayan Bayu
  4. Nur Cemerlang Pematang Senior

Sebelum ini  semasa anak saya Aqil berusia 5 tahun saya telah menghantarnya ke Tadika Kemas. Dari segi pemerhatian, saya dapati terdapat sedikit peningkatan dari segi pembelajaran namun mungkin disebabkan Tadika Kemas yang mengambil ramai pelajar anak saya mungkin ketinggalan dari segi pembelajaran dalam asas membaca dan mengira  atau mungkin atas faktor lain sama ada  anak saya sendiri yang suka bermain dan aktif.

Aqil hujung sekali belajar cara-cara sembayang
Aqil hujung sekali belajar cara-cara sembayang

Apabila meganjak usia 6 tahun kami suami isteri bercadang menghantar Aqil ke tadika swasta iaitu tadika Nur Cemerlang Seberang Jaya. Pada mulanya Aqil masih lagi teringat sekolah lamanya kerana ramai kawan-kawannya masih berada di sana, setelah dipujuk dan dijanjikan untuk mwmbawa beliau ke Mydin dan taman pemainan barulah dier berubah fikiran dan bersemangat untuk ke sekolah. Saya pernah menelefon pengurus Nur Cemerlang dan beliau menjanjikan  dalam masa 3 bulan anak saya akan mula pandai membaca.

Seingat saya pada hari pertama Aqil melangkah masuk ke Nur Cemerlang, akan ada cikgu yang menanti di depan pintu pagar sekolah dan membuka pintu kereta kami. Bagi saya itu adalah tindakan yang bagus supaya ibu bapa tidak perlu untuk masuk ke dalam kawasan tadika menghantar anak masing-masing dan secara tidak langsung memudahkan tugas ibu bapa.

Terdapat 3 sesi waktu pembelajaran dan penjagaan di Nur Cemerlang dan asas yang paling utamalah adalah pendidikan islam. Kebanyakan pembelajaran dan komunikasi dalam bahasa english dan juga melayu. Pembelajaran awal untuk sebutan abc-z adalah dalam bentuk sebutan phonic.  3 sesi waktu yang dikendalikan oleh Nur Cemerlang di seberang jaya adalah

  1. 7 pagi hingga 12 tengahari
  2. 7 pagi hingga 3 petang
  3. 7 pagi hingga 6 petang

waktu bermulanya pembelajaran adalah sekitar pukul 8 pagi.

Aqil sewaktu proses pembelajara. Tolong subscribe ye netishu8220


Alhamdulilah nampaknya setelah 3 bulan Aqil berada di Nur Cemerlang pembelajaran dan minat membaca semakin hari semakin meningkat. Ada kalanya beliau mengajak saya membaca buku tadikanya bersama-sama.

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*