kos renovation rumah lama

Sebelum proses pemecahan tingkap dan dinding serta tiles dapur.
Sebelum proses pemecahan tingkap dan dinding serta tiles dapur.

Assalamualaikum, disini saya nak berkongsi sedikit tentang kos renovation rumah lama yang menelan belanja hampir RM30k. Rumah tanah lot yang berkeluasan  3000sqft yang dibeli pada awalnya hanya untuk dibuat sewa akhirnya berjaya berubah wajah menjadi sebuah homestay.

Anda boleh klik link ini disini untuk lihat rumah asal sebelum di renovate.

Kalau boleh saya minta anda untuk tolong subscribe channel youtube dibawah kerana ianya percuma je.

pecah tingkap dapur dan disimen penuh dalam proses untuk renovation rumah
pecah tingkap dapur dan disimen penuh dalam proses untuk renovation rumah
Sudah siap disimen dan akan di pasang tiles.
Sudah siap disimen dan akan di pasang tiles.
Tutup para bilik air dengan tambahan batu dan disimen penuh
Tutup para bilik air dengan tambahan batu dan disimen penuh

Di bawah adalah kos renovation rumah yang dilakukan selama sebulan.

  1.  Dua tandas pecah tiles lama pasang tiles baru, naik bata tutup bahagian atas tandas, pasang tandas duduk, buat lubang untuk ekzos fan.
  2.  Hacks tiles lama di dapur pasang mozek hitam, pecah tingkap bubuh bata, paip air sembunyi dalam simen.
  3.  Hacks simen pasang tiles baru, palam lubang bubuh 2 ekzos fan.

Total no 1,2 dan 3 rm10k.

4. Hall tambah simen naik sama dengan dapur dengan tiles 1.7k

5. Plaster dinding tepi rumah dan buat tembok dekat belakang rumah, sambung pagar hijau  sedikit dekat sebelah rumah jiran tepi masjid, buat longkang baru, pasang 2 tiang roman, pecah dan simenkan semula  lubang dekat kawasan pagar  kos rm9.3 k.

6. Pecah dan buat tiles hall semula kos rm1500

7. Buat pagar kos rm1600

8. Tambah pagar dinding rm600

Total semua Rm21k +1.5k +1.6k +0.6=24.7k 😅

Barang sendiri.

1. Tiles rumah rm4000
2. Barang tandas rm 1000

Total semua Rm21k +1.5k +1.6k +0.6 + 5k =29.7k 😅

Tarikh payment yang di bayar adalah secara beransur-ansur. Ianya lebih baik anda mencari tukang buat rumah yang menerima bayaran mengikut setiap progress pertukangan.

1. Rm3000 6/8
2. Rm 2000 7/8
3. Rm 3000 13/8
4. Rm 3000 16/8
5. Rm3000  18/8
6. Rm2000 21/8
7. Rm3000 23/8
8. Rm 2000 27/8
9. Rm 700 29/8
10. Rm1000 2/9
11. Rm1000 7/9

Barang-barang seperti tiles, toilet bowl dan aksesori kebanyakkan saya beli sendiri di bes ceramic tiles. Banyak design tiles yang cantik dan murah di bes ceramic tiles serta penghantaran juga percuma disediakan mengikut kawasan.

Untuk pengetahuan anda, kerja-kerja pertukangan yang dilakukan hanya mengambil masa kurang dari sebulan kerana mereka boleh dikatakan amat mahir dan cepat.

Kos renovation ini bermula pada awal bulan 8 dan siap pada akhir bulan 8 juga. Saya mengambil masa sebulan untuk membeli barang-barang keperluan homestay yang kebanyakannya dibeli secara online di lazada. Akhirnya pada bulan oktober 2019 homestay saya yang saya namakan dengan nama Aqil homestay bersempena dengan nama anak sulung saya sudah mula beroperasi sehingga sekarang.

Berminat untuk bermalam di Aqil homestay boleh hubungi saya: 0124497372 (Ajir)@0124385337 (Nurul)

Jangan lupa untuk subscribe channel video saya di atas jika anda berminat hendak tahu no telefon tukang buat rumah tersebut.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*