Percutian Bersama keluarga di Mersing Johor

Sewaktu checkout di homestay Fatimah Sri Mersing
Sewaktu checkout di homestay Fatimah Sri Mersing

Alhamdulilah, tahun 2019 ini kami masih berpeluang untuk bersama-sama meraikan hari keluarga di Mersing Johor.   2 tahun lepas kami berkumpul di Janda Baik. Bagi kami Mersing adalah tempat yang selalu kami sekeluarga kunjungi sewaktu kecil iaitu semasa adanya lagi arwah atok leman di Endau Rompin. Percutian kali ini amat singkat iaitu hanya 2 hari satu malam dan walaupun sesingkat itu ianya memberi pengalaman indah dan yang paling penting ianya merapatkan hubungan silatulrahim kami sekeluarga.

Saya yang menetap di Penang bertolak pada hari rabu 14/8/2019  dan bermalam di hotel pines Melaka terlebih dahulu kerana bimbang atas faktor keletihan. Keesokan harinya barulah saya bertolak ke mersing dan kami sekeluarga menetap di sebuah rumah homestay iaitu Fatimah Sri Mersing.

Fatimah Sri Mersing ini mempunyai 4 bilik tidur iaitu 2 bilik beraircond dan 2 bilik lagi mempunyai kipas syiling serta lengkap dengan peralatan untuk memasak dan ber barbeque pada waktu malam. Ianya juga mempunyai 2 bilik air dan 2 bilik jamban yang memudahkan kami untuk mandi dan tidak berebut-rebut untuk mengunakan tandas pada satu-satu masa. Parking kereta juga amat luas dan boleh memasukkan 3 biji kereta di laman rumah. Bayaran penginapan yang dikenakan untuk satu malam adalah sebanyak rm320 sahaja.

Percutian kali ini disertai oleh 5 buah keluarga dan adik beradik serta anak buah yang turut sama menjayakan bersama. Walaupun ketibaan saya sedikit lewat ianya tidak menganggu untuk kami bersama-sama mengunjungi tempat peranginan di  Mersing iaitu di Air Papan. Kawasan air laut ini terjaga  dan air pantai yang bersih serta terdapat gerai-gerai jualan cenderahati serta minuman dan makanan juga ada disediakan disana. Waktu yang dibenarkan untuk bermain air adalah sehingga pukul 7 petang sahaja dan terdapat pengawal yang meminta kami untuk naik kedarat semula kerana bimbang jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini pada waktu yang hampir senja.

Bersama mak dan abah di air papan Mersing
Bersama mak dan abah di air papan Mersing
Bersama kak azy di air papan mersing
Bersama kak azy di air papan mersing
Bersama adik ila
Bersama adik ila
Bersama adik linda
Bersama adik linda
Kak Long dan Abg Long
Kak Long dan Abg Long
Baru sempat mendarat menaiki tikar terbang
Baru sempat mendarat menaiki tikar terbang
Ber barbeque pada waktu malam
Ber barbeque pada waktu malam

Apabila tiba waktu malam kami hanya ber  barbeque sahaja dan hanya borak-borak kosong dan ada juga yang tido awal kerana faktor keletihan bemain air laut.  Keesokan harinya setelah checkout kami terus  mengunjungi pusara arwah Tok Leman dan arwah Pak Ngah di Endau Rompin.  Setelah selesai kami berkunjung semula ke Mersing untuk menikmati juadah makanan nasi campur  di restoran kedai Ucu Selera Kita serta membeli sedikit keropok lekor yang bertentangan dengan restoran kedai.

Menikmati juadah direstoran Ucu Selera Kita Mersing
Menikmati juadah direstoran Ucu Selera Kita Mersing

Oleh kerana terasa tidak puas bermain air laut ai air papan Mersing, kami mengunjungi tempat peranginan Desaru dan bermandi manda selama 2 jam di sana. Bayaran untuk  kemasukan adalah sebanyak rm6 untuk sebiji kereta. Tempat peranginan ini nampak bersih, dan angin juga bertiup agak sepoi-sepoi bahasa serta terdapat tempat untuk membersihkan diri. Pada sebelah malam pula kami menikmati juadah makan malam restoran Rayyan Kempas di Johor bahru dan terus bersurai.

Restoran rayyan di Kempas Johor
Restoran rayyan di Kempas Johor
Juling tunggu makanan tak sampai-sampai
Juling tunggu makanan tak sampai-sampai

Walaupun percutian kali ini amat singkat tapi amat bermakna bagi saya. Semoga coretan ini menjadi kenangan bagi saya dan keluarga.

Al Fatihah untuk arwah Tok Leman yang pernah menyayangi dan memberi kasih sayang kepada kami sewaktu kami kecil. Semoga beliau di tempatkan disyurga berserta dengan kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Trackback / Pingback

  1. The Pines Hotel Di Melaka - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*