Rasanya tidak terlalu lambat untuk saya coretkan kenangan manis 2019 ketika sehari bermalam di The Pines Hotel di Melaka dan keesokan harinya menghadiri percutian bersama keluarga di Mersing.
Saya suka mencuba bermalam di hotel- hotel di Melaka sekiranya ingin pulang ke Johor. Ada juga review yang saya tulis diantaranya hotel Hatten Place.
Sekiranya anda menaiki kereta bersama keluarga dan pertama kali anda ingin menginap di hotel The Pines. Sebaiknya anda menuju ke lobi terlebih dahulu untuk mendapatkan access kad dan kunci bilik. Anda juga boleh parking kereta di dalam hotel dan menuju ke lobi tetapi bagi saya ianya meletihkan untuk turun ke lobi.
Hotel the Pines umumnya ramai ketahui adalah hotel yang bertaraf 4 bintang dan mempunyai keluasan bilik yang besar dan menarik. Apa yang menarik adalah susun atur biliknya yang luas dan bagi saya adalah sesuai untuk pasangan keluarga yang mempunyai lebih dari 2 orang anak. Saksikan video dibawah dan subscribe sekali ye.
keesokan paginya kami hanya bersarapan di dalam hotel kerana kami diberikan sarapan percuma untuk 2 orang dan bayaran makanan akan dikenakan keatas kanak-kanak yang berusia 5 tahun keatas. Jika tidak silap saya anak saya yang berumur 5 tahun dikenakan bayaran sebanyak rm20. untuk pengetahuan anda Cafe ini dibuka seawal jam 6 hingga 10.30 pagi. Saya hanya tertarik pada Omelette telur kerana masakan ini adalah masakan kegemaran saya apabila bersarapan pagi di hotel. Terdapat juga nasi lemak dan pelbagai makanan lain yang menarik.
Selain bilik dan cafe terdapat 3 kolam mandi yang agak luas. satu kolam untuk dewasa dan 2 kolam lagi untuk kanak-kanak. Kawasan kolam ini berada di tingkat tujuh bangunan tertapi anda hendaklah menekan butang tingkat lapan untuk menuju ke kolam. Bagi penginap yang menetap di hotel ini tidak perlulah untuk membawa tuala dari bilik hotel kerana terdapat tuala yang disediakan percuma kecuali pelampung-pelampung yang harus disewa. Disebabkan waktu yang agak singkat saya dan anak-anak hanya berada sejam di kawasan kolam kerana selepas itu kami akan bertolak ke Mersing.
Bagi urusan checkout amat mudah dan lancar. kad parking akan di update di dalam sistem dan duit deposit Rm100 yang dikenakan sewaktu urusan check in akan di pulangkan semula.
Wah bestnya baca pengalaman kat hotel ni…teringin jugak nak pergi…lagi2 lepas pkp ni..hehe