The Pines Hotel Di Melaka

Hotel The Pines Melaka
Hotel The Pines Melaka

Rasanya tidak terlalu lambat untuk saya coretkan kenangan manis 2019 ketika sehari bermalam di The Pines Hotel di Melaka dan keesokan harinya menghadiri percutian bersama keluarga di Mersing.

Saya suka mencuba bermalam di hotel- hotel di Melaka sekiranya ingin pulang ke Johor. Ada juga review yang saya tulis  diantaranya hotel Hatten Place.

Menuju ke Lobi Hotel
Menuju ke Lobi Hotel

Sekiranya anda menaiki kereta bersama keluarga  dan pertama kali anda ingin menginap di hotel The Pines. Sebaiknya anda menuju ke lobi terlebih dahulu untuk mendapatkan access kad dan kunci bilik. Anda juga boleh parking kereta di dalam hotel dan menuju ke lobi tetapi bagi saya ianya meletihkan untuk turun ke lobi.

Hotel the Pines umumnya ramai ketahui adalah hotel yang bertaraf 4 bintang dan mempunyai keluasan bilik yang besar dan menarik. Apa yang menarik adalah susun atur biliknya yang luas dan bagi saya adalah sesuai untuk pasangan keluarga yang mempunyai lebih dari 2 orang anak. Saksikan video dibawah dan subscribe sekali ye.

 

Port depa sembunyi
Port depa sembunyi

keesokan paginya kami hanya bersarapan di dalam hotel kerana kami diberikan sarapan percuma untuk 2 orang dan bayaran makanan akan dikenakan keatas kanak-kanak yang berusia 5 tahun keatas. Jika tidak silap saya anak saya yang berumur 5 tahun dikenakan bayaran sebanyak rm20. untuk pengetahuan anda Cafe ini dibuka seawal jam 6 hingga 10.30 pagi. Saya hanya tertarik pada Omelette  telur kerana masakan ini adalah masakan kegemaran saya apabila bersarapan pagi di hotel. Terdapat juga nasi lemak  dan pelbagai makanan lain yang menarik.

Layan sarapan pagi
Layan sarapan pagi

Selain bilik dan cafe  terdapat 3 kolam mandi yang agak luas.  satu kolam untuk dewasa dan 2 kolam lagi untuk kanak-kanak. Kawasan kolam ini berada di tingkat tujuh bangunan tertapi anda hendaklah menekan butang tingkat lapan untuk menuju ke kolam. Bagi penginap yang menetap di hotel ini tidak perlulah untuk membawa tuala dari bilik hotel kerana terdapat tuala yang disediakan percuma kecuali pelampung-pelampung yang harus disewa. Disebabkan waktu yang agak singkat saya dan anak-anak hanya berada sejam di kawasan kolam kerana selepas itu kami akan bertolak ke Mersing.

Abang ajar adik berenang
Abang ajar adik berenang
Seronok juju main air
Seronok juju main air
Selepas puas mandi kena bilas balik
Selepas puas mandi kena bilas balik

Bagi urusan checkout amat mudah dan lancar. kad parking akan di update di dalam sistem dan duit deposit Rm100 yang dikenakan sewaktu urusan check in akan di pulangkan semula.

 

About slumber 81 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*