Baiklah coretan kali ini adalah dari retetan tulisan Part 1 dan berkisar tentang tiles rumah yang di beli di Bes Ceramic tiles.
Sebaik sahaja penyewa berpindah saya terus menjemput salleh berkunjung ke rumah untuk menyatakan sebut harga renovation rumah. Setelah berbincang kos bagi menukar wajah tandas, ruang dapur, lantai tiles dan halaman rumah harganya sekitar Rm25k. Kos untuk membeli tiles adalah dari saya sendiri dan seperti biasa Bes Ceramic tiles menjadi tempat kegemaran saya untuk membeli barang-barang tiles kerana faktor harganya yang lebih murah dan tokeynya yang peramah.
Untuk pengetahuan anda best ceramic tiles ini adalah kedai 2 tingkat dimana tingkat bawah mereka menjual pelbagai jenis tiles dan ditingkat atas pula mereka menjual kelengkapan dapur dan tandas untuk kerja-kerja perpaipan seperti pili air, cermin hiasan, toilet bowl dan sebagainya.


Untuk tiles tandas saya memilih tiles 2×1 dan untuk tiles 2×2 saya gunakan untuk ruang dapur dan ruang tamu. Saya memilih tiles warna putih supaya rumah kelihatan luas dan besar.

saya ada membeli tandas duduk 1 piece berjenama Nako dengan harga rm430 sahaja dan ianya amat murah serta nampak lebih cantik dari design 2 piece. Itu pun setelah tawar menawar dengan Jenny. Cermin bilik air juga cuma berharga rm50 sahaja dan rak untuk letak ubat gigi dan sebagainya juga rm50.

Manakala kos Penghantaran tiles ke rumah saya dari bagan ke seberang perai adalah percuma dan kebiasaanya masa penghantaran adalah pada sebelah petang bergantung pada kehendak customer. Sedar tak sedar kos untuk pembelian tiles dan kelengkapan tandas sahaja sudah mencecah sehingga rm5k dan Alhamdulilah ianya masih didalam linkungan bajet saya.
Sekiranya tiles yang anda gunakan hanyalah sedikit sahaja dan ada lebihan. Anda boleh memulangkan semula lebihan kepada Jenny untuk pertukaran dengan wang ataupun barang yang terdapat di dalam kedai.
Jika anda masuk sahaja ke dalam kedai Bes Ceramic Tiles ini tentu sahaja anda akan rambang mata untuk membeli tiles. Adalah lebih baik anda bertanya dengan Jenny tiles mana yang cantik dan sesuai dengan bajet anda.
Semoga entry ini bermanfaat untuk anda mencari tiles yang murah di pulau pinang.
Dibawah adalah alamat dan talian untuk anda hubungi Jenny
No 9, Lorong Jermal Indah, Taman Jermal Indah, 12300, Butterworth, Penang, Malaysia
- Tel & Fax04-323 7828
- Hp: 0124937828
- E-Mailbesceramic@yahoo.com
Leave a Reply