
Cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga bemalam di cameron Higland untuk percutian singkat dua hari satu malam. Sebenarnya banyak tempat yang saya telah lawati di Cameron Highland. So percutian kali ini kami bercadang untuk pergi ke tempat yang tidak pernah lagi kami kunjungi. Disebabkan percutian yang singkat saya hanya sempat melawat 4 tempat sahaja.
Di antaranya adalah Animal Feeding Rainbow Garden, Bharat Tea, Pasar malam Tanah Rata belakang food court dan Kea Farm.
Saya hanya menempah homestay dengan kak Milah sahaja sekiranya saya ke cameron Highland. Dengar kata sekarang ni banyak scammer yang menipu tentang homestay. Kak Milah mempunyai 2 buah homestay di Tanah Rata. Satu di apartment puncak Arabella dan satu lagi di Park View Apartment behadapan dengan pusat beli belah Cameron Fair.
Biasanya saya bermalam di puncak Arabella disebabkan sudah selalu menginap disitu kami mahu mencuba di tempat baru pula iaitu di Park View Apartment agar suasana terasa kelainan.

Park View Apartment mempunyai 3 bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan tandas. Terdapat bath tub yang bagi saya sesuai untuk kanak-kanak berendam. Rumahnya agak luas dan selesa serta terletak di tingkat dua. Jika anda berminat untuk bermalam anda boleh call atau whatsapp Pn Milah: 0125160345 dan jika anda berminat untuk bercuti di Pulau pinang anda boleh bermalam di :
- Juju Homestay RM140 klik disini
- Aqil Homestay RM160 Klik disini
- Mama homestay rumah teres 2 tingkat rm250 semalaman
Call @ whatsapp saya: 0124497372 @0124385337 untuk pertanyaan homestay di pulau pinang.
Hari Pertama:
- 10 Pagi: Kami bertolak dari penang dan berehat sebentar untuk makan tengahari di simpang pulai sebelum ke Cameron Highland.
- 3 Petang: Minum Petang Di Bharat Tea sambil melihat keindahan tanaman pokok teh.
- 5 petang: check in homestay.
- 8 Malam: Hanya berjalan-jalan dan membeli baju serta ubi dan jagung untuk sarapan keesokan harinya.



Hari Kedua:
- 12 Tengahari: Checkout homestay dan terus ke Animal Feeding Rainbow Garden.
-Disini terdapat kambing, burung dan arnab yang sangat jinak. Bayaran kemasukan hanya rm 5 bagi dewasa dan rm3 bagi kanak-kanak. Tidak sesuai bagi mereka yang membawa stroller baby masuk ke kawasan ini.


- 4 petang: Membeli pelbagai jenis sayur dan ubi serta buah strawberi di Kea Farm kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.
- 7 petang: Bergerak balik ke penang.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Leave a Reply