Beli Dan Pasang Perabot Almari Baju Dan Laci Di Lazada

Almari baju dan laci yang telah siap dipasang
Almari baju dan laci yang telah siap dipasang

Baru-baru ini saya ada membeli dua set almari baju dan laci di Lazada dengan syarikat Homez. Sebab apa saya membeli barangan ini adalah kerana kami terpaksa berpindah dari bilik kecil ke bilik yang lebih besar. Jadi bagi menjimatkan wang saya hanya membeli barangan online di Lazada kerana harganya yang jauh lebih murah dari di kedai-kedai perabot.

Apa yang merumitkan adalah perabot yang kami beli hendaklah di pasang sendiri. Ianya mengambil masa yang agak lama jika kita memasang secara beseorangan. Untuk almari sahaja saya mengambil 3 jam masa pemasangan dan laci mengambil masa 2 jam pemasangan. Bagi kali kedua pemasangan untuk almari selanjutnya hanya mengambil masa sejam dan laci hanya 45 minit sahaja. Adalah lebih baik memasang perabot ini secara berdua atau lebih orang jika hendak menjimatkan masa.

Almari baju dan laci
Almari baju dan laci

Harga perabot yang saya beli ini adalah harga kombo iaitu 1+1.  Saya membeli perabot almari+ laci. Harga yang ditawarkan termasuk harga promosi dan penghantaran untuk 1 set ini adalah RM291.65.

Total harga satu set almari baju dan laci
Total harga satu set almari baju dan laci

Kualiti untuk barangan ini saya boleh beri 3.5/5 bintang sahaja kerana kayunya adalah dari serbuk kayu yang dimampatkan. Setiap papan kayu ditandakan dengan angka supaya mudah untuk dipasang. Mereka ada memberi sehelai kertas panduan bagi cara pemasangan. Hanya mengikut sahaja langkah-langkah yang diberikan. Bagi papan kayu pula ada lubang yang telah di tebuk bagi memudahkan screw dipasang dan sebaiknya anda screw di bahagian lubang yang telah disediakan. sekiranya anda menembuk lubang di tempat yang salah kemungkinan kayu akan rosak.

Untuk memasang perabot almari dan laci ini anda hanya memerlukan sebatang screw driver, tukul getah  dan juga drill bagi mempecepatkan pemasangan. Pada hemat saya saya banyak menggunakan drill bagi pemasangan almari baju dan hanya menggunakan screw driver untuk memasang laci.

Bagi saya almari ini sesuai sangat untuk mereka yang baru berpindah rumah kerana harganya yang murah dan saiznya tidak terlalu besar. Ianya juga sesuai untuk mereka yang  berminat untuk menambah kelengkapan barangan homestay seperti juju homestay dan aqil homestay. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*