Cara Pasang Vinyl Floor Di Rumah Homestay

Lantai bilik yang telah siap ditampal dengan vinyl floor
Lantai bilik yang telah siap ditampal dengan vinyl floor

Alhamdulilah, berkat kesabaran dan kesungguhan saya akhirnya berjaya memasang vinyl floor untuk 2 buah bilik aqil homestay secara sendiri dengan kos hanya rm700 sahaja. Baiklah sebelum saya bercerita tentang cara pemasangan adalah lebih baik saya bagitaw dimana saya beli vinyl floor ini terlebih dahulu.

Carpet prima
Carpet prima
Pelbagai jenis karpet di carpet prima
Pelbagai jenis karpet di carpet prima

 

Vinly floor ini saya beli di Carpet prima nilai 3. Sebelum itu saya ada survey banyak tempat untuk dapatkan harga mampu milik dan berkualiti. Akhirnya vinyl floor carpet prima menjadi pilihan saya. Disana bukan sahaja saya membeli vinyl floor tetapi carpet pun saya borong untuk saya letakakan di rumah Juju Homestay. Dibawah ini adalah kos untuk sebut harga:

Lokasi Beli Vinyl Floor: Carpet Prima Nilai 3

Kos Keseluruhan:

  1. Kotak Vinyl 16pcs RM58
  2. Tong Adhessive Vinyl RM68

260sqft guna 11Kotak

Total Cost RM706
Vinyl 11 xRM58 = RM638
Adhesive Vinyl RM68

1 tong gam tu boleh cover dekat 300sqft.

Alatan yang diperlukan:

  1.  Pembaris L
  2. Pisau
  3. Pensil
  4. Berus cat
  5.  Sarung Tangan
  6. kain buruk
Pelbagai contoh Vinyl floor
Pelbagai contoh Vinyl floor
Beli 11 kotak vinyl floor
Beli 11 kotak vinyl floor

 

Sebagai permulaan permasangan saya ada bertanya pada abang ipar saya bagaimana cara pemasangan kerana beliau pun pernah membeli di tempat yang sama. kini sudah hampir setahun dan kualiti vinyl floor dirumahnya masih cantik dan baik. Selain itu saya pun ada menonton di Youtube tentang cara-cara pemasangan. Ilmu ini penting supaya kita tidak akan rugi dan membazir jika melakukan kesilapan.

Hampir 90 peratus siap
Hampir 90 peratus siap

Untuk mereka yang pertama kali macam saya ni akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan 2 buah bilik. Satu bilik yang berkeluasan 130sqft  ini mengambil masa hampir 5 jam. Ini termasuk dengan berehat kerana keletihan. Yelah untuk pemasangan, anda perlu tunduk sambil memotong dan selepas itu menyapu gam di lantai. Ini akan memberi tekanan pada kawasan lutut anda. Percayalah anda akan merasa lenguh satu badan selepas itu. Bagi saya adalah lebih baik melakukan pekerjaan ini secara berduaan kerana ianya dapat menjimatkan masa dan anda tidak merasa keletihan.

 

Cara Pemasangan:

  1. Langkah pertama anda perlu ratakan permukaan simen. Jika terdapat lubang perlulah tampal dan jika terdapat benjolan kecil  iaitu bekas simen yang tertumpah dan mengeras anda perlu pecahkan.
  2.  Sapu dan mop lantai supaya tidak ada habuk atau batuan kecil di permukaan simen.
  3. Apabila lantai simen sudah kemas dan bersih anda boleh sapukan gam pada permukaan simen. Gam jangan disapu terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  4. Tunggu selama 5 minit dan anda boleh terus menampal kepingan vinyl floor tersebut.
  5. Gunakan roller atau tukul getah untuk menekan kepingan vinyl floor supaya gam tersebut benar-benar melekat kuat pada permukaan dasar lantai.
  6. Bila semuanya sudah siap biarkan selama satu hari dan anda boleh mengosok semula permukaan vinyl yang kotor dengan menggunakan mop atau kain buruk.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda semua. Assalamualaikum.

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*