Cara memperbaiki paip tersumbat dengan bijak

Memperbaiki Paip Tersumbat
Memperbaiki Paip Tersumbat

Kebanyakan pemilik rumah pasti mengalami paip tersumbat atau bocor. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh sisa-sisa makanan atau rambut yang telah tersekat didalam paip singki tersebut. Sekiranya tidak tahu untuk memperbaiki singki yang tersumbat, ada yang terpaksa memanggil plumber untuk menyelesaikan masalah paip singki tersumbat dan kos yang dikenakan mungkin terlalu tinggi atau tidak masuk akal jika dibandingkan dengan memperbaiki sendiri atau lebih senang kata do it yourself (DIY).

Bagaimana cara memperbaiki paip tersumbat

Paip tersumbat
Paip tersumbat

Perkara ini telah banyak berlaku dalam kehidupan saya, sebenarnya paip tersumbat ini mudah dilakukan dan kosnya terlalu kecil.Pertama sekali lihat punca apa yang menyebabkan ianya berlaku, adakah dari segi kotoran sisa pepejal atau kondisi paip itu telah lama dan perlu di ganti baru.

Langkah pertama yang perlu diambil adalah membeli cecair asid khas, cecair ini mudah didapati dikedai-kedai dan barangan hardware, saya lebih prefer anda beli dikedai hardware kerana harganya lebih murah. Tuangkan asid tersebut kedalam singki dan biarkan untuk beberapa jam.Kemudian buka pili air sekiranya air tidak tersumbat mungkin sisa tersebut telah reput dan memudahkan pengerakan air. Harga bahan cecair tersebut biasanya dalam 10ringgit kebawah bergantung pada saiz dan kualiti.

Cara yang kedua adalah menggunakan dawai keras, ianya sama juga boleh didapati dikedai hardware.Anda perlu menjolok beberapa ketika sehingga anda rasakan sisa bahan pepejal tidak lagi tersumbat. Kos untuk membeli dawai khas ini jugak bernilai 10ringgit kebawah.

Untuk pegetahuan anda, saya telah mencuba contoh di atas tetapi tidak berhasil,setelah saya teliti dan membuka paip yang tersumbat.saya dapati keadaan singki paip telah terlalu uzur, terdapat sisa lemak dan perlu diganti.

Barang baru dibeli di kedai hardware disebelah kanan
Barang baru dibeli di kedai hardware disebelah kanan
Membuka skru penutup singki
Membuka skru penutup singki
menanggalkan semua paip yang rosak
menanggalkan semua paip yang rosak

Disini anda memerlukan handset berkemera canggih anda. Ambil gambar paip yang tersumbat dan yang perlu diganti. Kemudian singgah dikedai hardware berdekatan rumah dan tunjukan barang yang anda mahukan hasil dari gambar yang telah anda tangkap. Kebiasaanya kedai hardware tidak tahu apa yang anda inginkan, kerana paip ada pelbagai jenis dan bentuk. sekiranya ada gambar ia memudahkan pekerja hardware tersebut mengambil barang yang anda mahukan. Anda mungkin terkejut kos barang yang dibeli jauh lebih murah dari jangkaan anda.

Saya telah membeli paip diatas, harganya cuma 6ringgit, kedai hardware mengesyorkan saya mengguna design paip terbaru yang lebih mudah untuk dipasang. tetapi saya menolak kerana saiz dan panjangnya tidak sesuai dipasang dirumah saya.

pita pelekat paip
pita pelekat paip

Pastikan anda membeli juga pita pelekat paip air iaitu sejenis pita yang lembut dan nipis. Ia digunakan untuk mengelakan kebocoran pada sambungan paip dan mengukuhkan sambungan paip.

Setelah semua barang telah dibeli, buka bahagian atas skru kepala penutup singki terlebih dahulu kerana skru tersebut  yang memberi sokongan kepada paip dibahagian bawah.Pastikan anda menyediakan baldi dan meletakanya dibawah paip bagi mengelakan air melimpah.

Sekiranya anda telah tahu membuka kepala paip dan bahagian lain tidak mustahil untuk anda memasang semula paip yang baru dibeli oleh anda tadi. Semuanya mudah dengan DIY.

 

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*