Ustazah Berjaya Cekup Toyol Di Rumahnya

Toyol Di Tangkap
Toyol Di Tangkap

Memelihara toyol adalah haram disisi Islam. Definisi toyol adalah singkatan merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Ia dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkannya. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, ianya akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Bagaimana Ustazah Berjaya Cekup Toyol Dirumahnya

Toyol berjaya ditangkap oleh ustazah
Toyol berjaya ditangkap oleh ustazah

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba memecah masuk sebuah rumah dengan menyelinap melalui tingkap dapur sebaliknya dicekup seorang ustazah.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, penjenayah cilik itu ditahan di kediaman mangsa di Kampung Mesej Nala Tungku di sini.

Pemilik rumah yang juga guru agama, Ustazah Rahimah Indanan, 32, berkata, dia dan suami menyedari kelibat penjenayah yang berada di dalam bilik tidur mereka sambil memegang pengecas telefon bimbit.

Menurutnya, dia dan suami, Ishak Jaddi, 32, yang sedang tidur ketika itu mendapati suspek berlegar-legar di dalam biliknya dipercayai mencari barangan berharga.

“Akibatnya saya menjerit dan suami yang sedang tidur nyenyak di sebelah saya turut terjaga. Kami lantas menangkap remaja itu dan membawanya ke ruang tamu rumah.

“Kami sempat menyoal siasat remaja itu. Namun lelaki itu memberi jawapan pelik mendakwa dia juga hairan bagaimanapun berada di dalam rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, terdapat sebuah basikal di luar rumah dan disyaki milik suspek.

“Ini adalah kali keempat rumah kami dipecah masuk. Kejadian pertama berlaku pada Julai tahun lalu. Pada masa itu jam tangan dan cincin emas milik saya hilang dilarikan. Kes kedua pula berlaku pada Oktober tahun sama dan duit hasil kerja sampingan menjual kuih-muih lesap,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Polis Tungku di sini, tiba di rumahnya untuk menahan suspek terbabit.

Sumber Metro.

Video Cerita Toyol

https://www.youtube.com/watch?v=dAOAn8hYRjQ

 

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*