
Entry kali ini adalah berkaitan dengan cara membeli tv dengan bijak dan tepat. Memandangkan semalam saya bercuti dari berkerja so banyak kedai-kedai elektronik yang saya survey dan terjah sebelum menilai jenama tv apa yang sesuai untuk saya beli kali ini. Memang terdapat pelbagai jenama dan jenis tv dipasaran. Ada yang jenis LCD,PLASMA dan LED TV. Setiap jenis ada kebaikan dan keburukan dari segi ketebalan, warna,mutu dan saving electric. Tetapi yang paling penting ialah tv tersebut hendaklah sesuai dengan budget anda.
Bagaimana Cara Membeli Tv Dengan Bijak

Pertama sebelum membeli tv pastikan tempat kawasan alat elektronik yang hendak dibeli itu mempunyai pelbagai jenis kedai elektronik seperti Sen Heng, Court Mammoth, dan sebagainya. Kerana mereka juga ada menjual tv yang sama dengan harga yang berbeza.

Setelah menilai dan meneliti pelbagai jenis tv, akhirnya saya memilih Tv LED berjenama Toshiba. Tv tersebut mempunyai saiz 40inci dan harganya jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Harga asal tv tersebut bernilai RM1499 dan setelah meminta diskaun harganya menjadi RM1250 termasuk GST. Janganlah malu untuk meminta diskaun kerana memang terdapat diskaun yang akan diberikan oleh tuan kedai. Jurujual tersebut pun mendapat 0.4% hasil dari pembelian saya.

Mengapa saya membeli Tv Full HD LED berjenama Toshiba, sudah tentulah kerana negara pembuatannya, Jepun. Selain itu, tv ini mendapat 5 bintang saving energy current dan paparan skrin serta reka bentuknya yang menarik.
Pastikan penghantaran ke rumah adalah percuma supaya tidak ada kos tersembunyi dari pihak kedai.Bukannya saya tidak mahu membawa balik tv tersebut setelah membuat pembayaran.Ini kerana saya tidak mahu tv tersebut mengalami kerosakan semasa saya menguji tv di rumah dan akhirnya menyusahkan diri saya sendiri untuk memulangkan semula tv tersebut. Lagipun saya telah membuat lebihan bayaran untuk mereka memasang braket dan ariel di rumah.
Yang lebih menarik adalah tempoh jaminan tv Toshiba ini adalah selama 2 tahun. Jika ada keroskan seperti tv tidak hidup, paparan skrin tv rosak, audio kurang jelas dan sebagainya selama tempoh tersebut anda boleh meminta tv tersebut diperbaiki tanpa mengeluarkan duit poket anda sendiri.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan kini dengan adanya sistem online anda boleh membeli secara online
>>>>>>>>>>>>>>DISINI<<<<<<<<<<<<<<<
wow, terbaiklah tv ni, x sangka 40 inci dan LED boleh dapat dengan harga jauh lebih murah
jika frenz mobile berminat hendak membeli secara online. klik link dihujung artikel.