
Entry kali ini saya hendak kongsikan sedikit pengajaran berkaitan renovate rumah kediaman. kerana baru-baru ini saya diberitahu oleh ibu mertua bahawa kontraktor yang bertanggungjawab membina dapur dan bilik berserta tandas telah melarikan diri.
Bahaya Renovate Rumah Dengan Bangsa Asing

Pada awal pertemuan semuanya berjalan dengan lancar dan saya ada bertanya serba sedikit tentang latar belakangnya. Si penipu ni memperkenalkan dirinya Adin dan berasal dari Vietnam berusia dalam 40an. Kebiasaanya Adin ni melakukan ubahsuai rumah di kawasan Sungai Petani. Mama berhasrat mengambil Adin untuk menambah bilik beserta tandas dan dapur atas sebab melihat hasil kerjanya di sungai petani, Kedah. Ini kerana sewaktu mama menghadiri majlis kahwin kenalannya di sungai petani beliau telah melihat balkoni rumah kenalannya yang telah diubahsuai amat cantik dan kos untuk menyiapkan balkoni tersebut murah. Kenalan mama yang memperkenalkan Adin ini kepadanya.Bukan mertua saya tidak melakukan survey bertanya harga dengan beberapa kontraktor , tetapi harga yang ditawarkan oleh kontraktor lain amat tinggi dan tidak berpatutan.
Setelah berbincang dengan Adin tentang hajat mengubahsuai rumahnya di Residensi Seri Pauh, Perda. Dier telah datang melihat kawasan rumah dan keesokannya dier telah memberi sebut harga iaitu jika upah sahaja dier meminta Rm20k dan sekiranya dier menyediakan barang seperti simen, pasir,tiles, membuat kabinet dapur,bilik air dan sebagainya kos upah dan barang keseluruhanan bernilai Rm40k. Akhirnya mama bersetuju untuk membayar upah dan menyediakan barang ubah suai rumah.
Disini bermulanya episod dimana mama menyedari bahawa barang-barang material yang dibawa Adin ini untuk mengubahsuai rumahnya adalah yang berjenis murah dan kualiti pun tidak bagus. Hari pertama sahaja Adin telah ditegur oleh mama bahawa kayu untuk menahan bata sudah tidak kuat dan ada yang reput sedikit.



Seminggu kemudian saya telah mendengar cerita bahawa Adin telah membuat dinding batu tanpa meletakan besi di tengah-tengah dinding, bermakna jika tidak diletak besi, lama-kelamaan akan berlaku retakan dan jika tidak diselengara boleh menyebabkan dinding tumbang. Mujur mama ada disana melihat dan mengawasi cara dan bagaimana Adin dan pekerjanya melakukan tugasan. Beliau sekali lagi menegurnya supaya menambah besi ditengah-tengah batu bata. Untuk pengetahuan anda, mama pernah menjadi kontraktor satu ketika dulu tetapi kini beliau lebih tertumpu pada bidang masakan dan berniaga di Taman Arowana,Permatang Pauh dan menubuhkan syarikat Norifah Enterprise. Hasil pengalamannya menjadi kontraktor menyebabkan beliau tidak mudah ditipu oleh kontraktor tersebut.
Meskipun kerjanya sudah 40% siap, Adin telah meminta bayaran untuk membeli barang tambahan dan membayar gaji pekerjanya. Jumlah bayaran secara beransur ketika itu mengikut progress rumah adalah sebanyak RM28k. Setelah memberi wang tambahan sebanyak RM8k pada hari jumaat, dier berjanji untuk datang semula pada hari isnin minggu hadapan untuk menyiapkan tugasan kerana ingin bercuti pada hari minggu. Namun janji hanya tinggal janji, Adin dan pekerjanya tidak muncul pada hari isnin. Sedikit barang peralatannya telah ditinggalkan begitu saja. Pangilan telefon tidak diangkat.
Akhirnya ibu mertua saya terpaksa memanggil kontraktor lain untuk menyambung kerja yang ditinggalkan Adin, dan sekarang rumah dalam proses pengubahsuaian.

Diharap anda berhati-hati dengan Adin untuk renovate rumah dan kongsikan artikel ini semoga orang lain diluar sana tidak mudah ditipu olehnya.
Bangsa ni dgn burma sama saja. Nk buat apa kn tgk contoh siap. Ikut org rekemen tak leh pakai. Sy pun dh kn bangsa ni buat umh jiran buat benda lain ok buat jamban. Depa rekemen kita nk buat porch dan tiang roman. Tiang roman pasiaq bnyk pasang pagar tak leh skrew. Buat poch besi nipis. Vietnam dok sewa di sg layar. Burma dok padang temusu.