
Kebakaran baru sahaja berlaku di Hospital Sultanah Aminah pada pagi ini 25/10/2016. Melalui sumber siasatan oleh pihak polis kebakaran berpunca akibat daripada lintas pintas di dalam wad berkenaan.
Gambar Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Terkini seramai 6 mangsa dipercayai rentung akibat daripada kebakaran tersebut.
Kebakaran turut menyebabkan tiga jururawat sesak nafas akibat terhidu asap tebal.
Kesemua mangsa yang meninggal ditemukan rentung di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) zon selatan hospital. Mangsa yang yang terselamat dan ketiga-tiga jururawat berkenan telah diberikan rawatan di bangunan lain.



Difahamkan kejadian berkenaan berlaku di bangunan yang menempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.
Orang ramai mulai sesak di kawasan hospital berkenaan berikutan asap tebal dilihat dari bangunan berkenaan.


Sejumlah pesakit dipindahkan dari ICU dan beberapa wad susulan kejadian pada pukul 9 pagi itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.
Saksikan kejadian video dibawah:
Leave a Reply