Kesibukan kita bekerja dan kadang kala sehingga tidak berehat boleh menyebabkan keletihan, malah jika tidak berehat pasti akan memudarat kesihatan. Di dalam dunia ini siapa yang tidak letih bekerja. Tanyalah pada siapa pun, pasti semua akan mengadu letih bekerja sebaik sahaja pulang kerumah. Lebih teruk lagi bagi mereka yang bekerja sebagai buruh binaan atau di ladang.
Tip Bagaimana Mengurangkan Keletihan Ketika Bekerja
Bagi mereka yang bekerja di industri pekilangan seperti keysight, Agilent , Jabil, Venture dan sebagainya terutama yang bekerja dipejabat pasti mengadu pening, letih ,dan sakit mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer. Selain memakan vitamin dan pelbagai cara yang disyorkan oleh doktor, masih ada acara yang boleh di lakukan untuk mengurangkan rasa letih dan penat ketika bekerja.Cuba anda Ikuti tip dibawah untuk mengurangkan rasa letih setelah penat melakukankan sesuatu pekerjaan.
1.Bersantai sejenak

Gunakan waktu istirehat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam- dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkat tenaga dan tumpuan ketika melakukan sesuatu kerja.
2 Berehat seketika

Terlalu kerap menggunakan komputer membuatkan leher, bahu dan mata anda akan berasa letih dan sakit-sakit. Berehatlah 5 atau 10 minit dengan berbual dengan rakan sekerja di cafe atau di ruang rehat pejabat. Elakan menggunakan komputer berterusan melebihi sejam.
3 Bersifat positif
Cuba ubah cara anda berfikir mengenai tugas dan tanggungjawab anda terhadap kerja. Jika dulu anda kurang menyenangi beberapa tugas anda di kilang ataupun pejabat. Kali ini cuba menyenangi kerja yang anda lakukan. Tidak kira bertapa berat atau membebankan, pupuk minat dalam setiap pekerjaan anda.
4 Sentiasa minum air mineral

Pastikan anda membawa botol minuman berisi air mineral ditempat kerja anda, kerana air mineral dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.
5 Lakukan aktiviti fizikal
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, didalam atau di luar ruang kerja. Jika pejabat anda terletak dibangunan bertingkat, gunakanlah tangga daripada lif.
6. Gelak dan dapatkan hiburan

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca kartun, komik ataupun melihat video yang melucukan. Malah anda boleh berhibur sebentar dengan berjenaka dengan rakan sekerja anda bagi membangkitkan tenaga dan kesegaran.
Melayan video lawak boleh menghilangkan stress dan keletihan
Semoga tip ini menjadikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan kerja anda seharian.
letih bekerja tgk awek memang la x letih,