Bagaimana menjadi pekerja contoh yang di hormati rakan

Bercuti bersama rakan sekerja dapat memelihara hubungan silaturahim

Setiap manusia yang berkerja pasti mahu menjadi pekerja contoh dan dihormati rakan ditempat kerja. Namun ada kalanya anda pasti pernah melihat rakan kerja yang dibuli,diperlekehkan dan menjadi kera sumbang di tempat kerja. Jika anda pula yang mengalami masalah ini, kemungkinan tempat kerja anda seperti nereka dunia. Kerja menjadi sungguh tidak menyeronokan. Oleh itu berusahalah untuk membina integriti dan keseronokan ditempat kerja anda. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, namun apa kata anda luangkan sedikit tip-tip dibawah

Tips bagaimana menjadi pekerja contoh yang di hormati rakan

Bekerja lebih masa
Bekerja lebih masa
  • Bekerja lebih masa

Ada orang terpaksa bekerja lebih masa kerana tidak tahu hendak buat apa dirumah, ada juga yang bekerja lebih masa kerana mahu mendapat lebihan gaji. Jadi supaya tiada orang yang memandang serong terhadap anda, tunjukan hasil dari kerja lebih masa anda itu.

  • Jangan bercerita tentang keburukan orang lain

Bercerita tentang keburukan orang lain memang menyeronokan. Tetapi ia umpama anda memakan daging saudara anda sendiri. Tahanlah diri anda untuk tidak mengumpat dan bergosip. Ia tidak memberi anda apa -apa faedah untuk menjadi pekerja contoh.

  • Memuji hanya orang yang layak untuk dipuji

Berikan kredit kepada mereka yang benar-benar layak. Jika anda asyik memuji setiap orang disekeliling anda tanpa sebab yang kukuh, akhirnya pujian anda menjadi tawar dan tiada nilai. Oleh itu pastikan ia benar-benar layak untuk dipuji.

  • Awasi mulut tempayan yang merosakan reputasi anda

Pastikan bahawa anda bukan subjek kepada gossip mereka.Jika ada, cepat-cepat memperbaiki keadaan. Jangan biarkan ianya menjadi gossip umum yang diketahui semua orang, nanti mereka akan menyangka bahawa ianya sebagai satu berita yang benar.

  • Patuhi peraturan keselamatan
Sentiasa patuhi keselamatan di tempat kerja
Sentiasa patuhi keselamatan di tempat kerja

Jangan sesekali menunjuk hero dengan melakukan perkara-perkara yang membahayakan keselamatan diri. Mungkin ada orang yang menganggap jika sanggup melanggar peraturan keselamatan adalah sesuatu keberanian tetapi pada dasarnya ia adalah sesuatu yang bodoh dan cetek akal.

  • Pandai berhumor
Beriadah bersama rakan sekerja
Beriadah bersama rakan sekerja

Jika anda sentiasa kelihatan serius dan pendiam, lama-kelamaan orang lain akan meminggirkan diri. Apa guna berada disamping orang yang membosankan. Pelajari kuasa humor dan mahirkan diri anda untuk menggunakannya. Tetapi jangan biarkan diri anda menjadi bahan humor dan ketawa orang. Jika ini berlaku, ia sesuatu yang amat menyedihkan.

  • Pertahankan prestasi dan integriti anda
Pekerja contoh
Pekerja contoh

Jika selama ini prestasi anda ialah 80 peratus, jangan biarkan ianya merosot.sekurang-kurangnya anda  sentiasa pertingkatkan lagi prestasi anda. Anda juga boleh berbincang dengan rakan anda memberi pendapat tentang prestasi anda.

  • Berbaik dengan semua orang

Tiada gunanya bercakaran kerana ianya sesuatu yang menyusahkan. Bila anda bermusuh anda terpaksa memberi komitmen kepada permusuhan anda. Anda perlu memburukan dia,mencipta gossip liar, berfikir untuk menjatuhkannya dan banyak lagi. Seharusnya jangan membuang masa dan tenaga begitu sahaja dan berbaiklah dengan semua orang.

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*