Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 1

Umrah bersama Andalusia Travel
Umrah bersama Andalusia Travel

Alhamdulilah, pertama sekali saya mahu mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menjemput saya sekeluarga ke tanah suci. Pengalaman berada di sana mengamit kenangan  yang terindah bersama keluarga. Banyak perkara dan momen yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Mekah dan Madinah. Baiklah saya akan ceritakan serba sedikit urusan di sana dengan menggunakan travel agent yang tidak asing lagi iaitu Andalusia travel.

Pada mulanya saya hanya merancang untuk pergi berempat sahaja iaitu bersama isteri dan ibu bapa. Tiba-tiba kakak sulung dan abang ipar saya yang lebih mesra dengan pangilan kak long dan abang long telah menghubungi saya. Beliau menyatakan hajat dan niat yang sama untuk menunaikan umrah bersama-sama kami disana. Setelah berbicang kami memilih tarikh pada 15/12/2018 sehingga 26/12/2108 kerana  sesuai dengan waktu cuti sekolah di Malaysia dan harga yang ditawarkan sesuai dengan bajet kami sekeluarga. Jika anda berminat untuk berdaftar anda boleh mendaftar secara online di sini. Bagi saya, saya lebih selesa mendaftar secara terus di pejabat andalusia yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang kerana mudah untuk saya bertanya secara langsung tentang perkara dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Andalusia. Kami memilih perkidmatan Andalusia kerana Andalusia mempunyai cawangan yang banyak diseluruh kawasan bandar di Malaysia. Ini antara sebabnya saya memilih Andalusia kerana keluarga kami yang tinggal berjauhan diantaranya saya yang tinggal di Pulau Pinang , ibu bapa saya di Johor Bahru dan keluarga kak long saya di KL.

Tarikh penerbangan dan harga tiket
Tarikh penerbangan dan harga tiket

Di Pulau Pinang cawangan Andalusia yang utama adalah di Seberang Jaya. Segala aktiviti yang di jalankan seperti ceramah cara-cara menunaikan umrah dan haji di lakukan di tingkat dua pejabat Andalusia. kebanyakan penceramah yang di panggil adalah seorang yang berpengalaman luas dan pernah menjadi mutawif dari pelbagai agensi. Segala ilmu yang diberikan kepada saya dan isteri banyak memberi manfaat ketika berada di Mekah. Kebiasaanya ceramah yang dikendalikan pada setiap hari sabtu dan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Makanan dan minuman turut disediakan oleh pihak andalusia dan ada juga sumbangan makanan seperti kek dan kuih muih diberikan oleh para peserta.  Saya menghadiri ceramah sebanyak tiga kali dan penceramah yang saya  hadiri bukanlah orang yang sama cuma tajuknya yang sama dan diulang-ulang supaya kita faham dan tidak akan melakukan kesalahan ketika berada disana bagi mengelakan kita untuk membayar DAM.

Resit bayaran pendaftaran rm300 seorang
Resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak andalusia

Baiklah sampai disini sahaja coretan saya dahulu, saya akan menyambung menulis lagi untuk sambungan di part 2. tq

 

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 2 - Biskut Marie
  2. Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 3 - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*