Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 2

umrah selepas menunaikan saei
umrah selepas menunaikan saei

Assalamualaikum, bagi anda yang terlepas tentang coretan Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 1 anda boleh klik disini.

Kos awal untuk travel Andalusia menunaikan umrah untuk tujuan pendaftaran atau booking adalah sebanyak rm300 sahaja. Bagi saya harga booking yang ditawarkan  ini amat rendah berbanding dengan harga booking dari agensi lain. Saya telah membuat perbandingan dengan agensi lain, kebanyakan harga untuk booking adalah RM1000 dan sekiranya dibatalkan memang ada tindakan dikenakan samaada ada anda akan didenda atau wang yang dikembalikan semula kurang sedikit.

Pakej umrah andalusia
Pakej umrah andalusia

Terdapat pelbagai pakej yang disediakan oleh travel agent andalusia bergantung pada bajet anda. Diantara senarai pakej umrah dan ziarah yang paling mahal adalah sekiranya anda tinggal di hotel yang mewah seperti hilton hotel dan menaiki pesawat bukan dibawah MAS airlines seperti Saudi Airlines.Untuk senarai pakej anda boleh lihat disini.

Untuk pengetahuan anda kebanyakan pesawat MAS airlines telah di sewa khas untuk beberapa tahun. Oleh sebab itu Andalusia akan memenuhkan seat penumpang sebanyak yang boleh bagi  mengelakan kerugian.

Saya pernah mendapat pangilan dari pihak agent Andalusia yang meminta saya menukar tarikh dan pesawat saudi airlines kepada MAS airlines dengan menawarkan pakej istimewa iaitu jarak hotel yang lebih dekat dan bayaran yang murah sedikit tetapi setelah berbincang bersama keluarga saya terpaksa menolak kerana tarikh yang ditawarkan itu tidak sesuai untuk kak long saya kerana waktu itu dijangka beliau akan datang bulan. Memang rugi bagi kaum hawa sekiranya mereka datang bulan apabila menjejakkan kaki di tanah suci mekah. Mereka hanya mendapat pahala melawat sahaja dan terlepas untuk melakukan aktiviti dan gajaran pahala yang berlipat kali ganda seperti tawaf, membaca Al-Quran dan bersembayang di dalam Masjidil haram.

Setelah urusan tiket ini selesai saya mula mencari pakaian dan barangan untuk mengerjakan umrah. Kebanyakan barang yang dibeki oleh saya adalah di bukit mertajam pulau pinang yang berdekatan dengan summit hotel dan ada juga saya membeli jubah di Aeon big diseberang jaya yang dulu dikenali sebagai carefour.

baju umrah di AEON Big Mall Seberang jaya

Baiklah untuk urusan penginapan homestay di kuala lumpur saya akan ceritakan untuk coretan part 3.

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Trackback / Pingback

  1. Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 1 - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*