Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 3

Adik beradik bergambar dirumah homestay sebelum berangkat ke KLIA
Adik beradik bergambar dirumah homestay sebelum berangkat ke KLIA

Assalamualaikum, bagi anda yang terlepas tentang coretan Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Part 1 anda boleh klik disini.

Setelah urusan membeli segala barangan keperluan selesai dan juga bayaran tiket menunaikan umrah juga selesai saya mendapat panggilan daripada pihak agent andalusia untuk mengambil beg luggage. Terdapat 4 beg yang diberikan oleh pihak andalusia:

  1. Beg besar
  2. Beg sederhana besar
  3. Beg sandang
  4. Beg untuk meletak barangan keperluan seperti beg kain muatlah untuk isi barangan makanan dan minuman.
Beg untuk menunaikan umrah yang diberikan
Beg untuk menunaikan umrah yang diberikan

Sebelum berangkat ke tanah suci mekah mak dan bapa mertua saya mengajak saya mengadakan majlis kesyukuran dan menjemput sanak sedara serta jemaah masjid membaca tahlil dan doa selamat bagi memudahkan perjalanan kami ke sana. Bagi saya mengadakan majlis doa selamat ini bagus supaya kita mendapat pelindungan daripada Allah swt ketika berada di mekah. Alangkah terharunya saya apabila melihat ramai jemaah masjid yang datang bagi memberi kata-kata semangat dan ada yang memberi peringatan ketika disana serta menyampaikan kiriman doa-doa mereka ketika kami berada disana nanti.

Mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sebelum menunaikankan umrah
Mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sebelum menunaikankan umrah

Sebelum berangkat ke kuala lumpur saya bercadang untuk menaiki kenderaan sahaja membawa anak saya yang berusia 5 dan 2 tahun bersama sambil dibantu oleh adik ipar saya. Tetapi atas nasihat mak mertua saya adalah lebih baik saya menaiki kapal terbang  yang lebih menjimatkan masa dan tenaga. Soal anak-anak saya hanya keluarga mertua saya yang akan menguruskannya. Memanglah sedih dan risau apabila meninggalkan mereka tetapi apakan daya rindu untuk ke tanah suci lebih menebal lagi.

Saya berangkat menaiki kapal terbang dari penang ke kuala lumpur pada sebelah malam pada hari rabu  pukul 10 malam dan sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 11 malam. Saya hanya menggunakan aplikasi Grab sahaja untuk ke rumah homestay tempat kami sekeluarga dari johor akan berkumpul. Menaiki Grab pada waktu malam agak mahal walaupun lapangan airport ke saujana klia homestay tempat kami bermalam hanya 13km sahaja. Seingat saya bayaran yang dikenakan adalah sebanyak rm70.

Saya amat berpuasa hati bermalam di rumah homestay En Mazlan. Segala peralatan dan kemudahan yang disediakan amat memuaskan hati. Di lengkapi sistem wifi, astro dan 4 buah bilik berhawa dingin dengan pancuran pemanas air di bilik air sudah cukup selesa kami bermalam disana. Harga semalaman yang ditawarkan amat berpatutan iaitu rm250 semalaman. Anda boleh menghubungi atau whatsapp En Mazlan di talian 0 199152090.

Bermalam di rumah homestay En mazlan
Bermalam di rumah homestay En mazlan

 

Location rumah homestay
Location rumah homestay

Baiklah saya akan menulis coretan ini lagi  ketika menaiki pesawat saudi airlines di part 4.

About slumber 77 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*