Cara Mengatasi kehilangan kanak-kanak

Kes Kehilangan kanak-kanak sejak 1996

Kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi di Malaysia. Ada yang berjaya dijumpai semula malah ada yang tidak dijumpai langsung sehingga ke hari ini. Saban tahun ada sahaja cerita kes kehilangan kanak-kanak melalui berita, facebook mahupun twitter. Perkara yang menakutkan adalah anak diculik dan diambil organnya untuk dijual ke negara jiran. Maklumlah organ badan manusia ini tinggi nilainya. Sebagai ibu bapa kita harus mendidik anak-anak supaya sentiasa berada di rumah supaya kes kehilangan kanak-kanak dapat dikurangkan. Ikuti tips bagaimana menambat hati anak-anak supaya berada di rumah dan kes kehilangan kanak-kanak ini dapat dibendung.

Antara tips Mengatasi kehilangan kanak-kanak

1.Peranan ibu bapa 

Ibu bapa merupakan suri teladan dalam segala hal. Ibu bapa yang pengasih dan penyayang akan mudah didekati dan senang didampingi oleh anak-anak. Jauhkan diri daripada sifat bengis dan panas baran. Tegas tidak semestinya keras dan hindari sikap suka beleter serta mencari kesalahan anak-anak. Sikap ibu bapa yang suka mendengar serta berkongsi rasa dan pengalaman dengan anak-anak amat disenangi. Demikian juga suka mengambil berat tentang hal anak-anak. Ibu bapa juga perlu adil dalam pemberian hadiah dan menunaikan hajat anak-anak. Termasuk juga dalam hal memberi perhatian dan kasih sayang.

2. Ikatan silatulrahim antara ahli keluarga

Pengaulan dan ikatan hubungan sesama ahli keluarga haruslah terpelihara dengan baik. Sehingga seluruh keluarga sentiasa ternanti-nanti saat untuk berkumpul bersama. Andai ada ahli keluarga yang terpisah akan sentiasa dirindui dan sekiranya berjumpa lagi pasti akan bertukar-tukar cerita. Demikian juga pentingnya ada kepimpinan dikalangan yang lebih tua terhadap yang lebih muda untuk saling hormat menghormati.

3. Rumah kediaman

Rumah adalah tempat kediaman. Ia perlu sentiasa bersih, kemas dan terurus. Sekiranya rumah yang diduduki bersepah dan seperti penjara adakah anak-anak akan suka berada dirumah. Mestilah tidak bukan, mereka lebih gemar bermain di luar rumah daripada berada di dalam rumah. Ibu bapa seharusnya menyediakan segala keperluan makan minum, bahan bacaan dan sumber maklumat untuk pembelajaran serta barang permainan dan sebagainya.

Sememangnya kanak-kanak suka berada dirumah sekiranya ibu bapa tanamkan sifat kasih dan sayang kepada anak-anak.

Lihat video dibawah bagaimana kanak-kanak ini mengamuk supaya ayahnya duduk dirumah dan tidak harus pergi bekerja.

 

About slumber 119 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*