Cara Untuk Mengelak Kemalangan Jalan Raya

Memandu secara merbahaya boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya

Setiap hari kita mendengar pelbagai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pelbagai kenderaan tidak kira sama ada motorsikal, kereta, bas, lori malah berjalan kaki pun boleh terlibat dengan kemalangan. Di Malaysia sahaja kes kemalangan akan meningkat apabila tiba musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri, hari raya Cina, Thaipusam dan Krimas. kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat boleh dielakkan sekiranya kita mengamalkan peraturan dan mengambil langkah yang sepatutnya. Ikuti tips dibawah agar anda segera mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung berhari raya.

Antara Tips Untuk  Mengelak Kemalangan Jalan Raya

1.Sebelum Memulakan Perjalanan

  • Rancang perjalanan terlebih dahulu
  • Pastikan anda menyelengara kenderaan anda supaya berada dalam keadaan yang memuaskan.
  • Pastikan anda selesa untuk memandu dengan membetulkan seat kenderaan, membetulkan cermin sisi dan belakang serta mendengar dan memutar stesen radio yang anda sukai sebelum memulakan perjalanan
  • Sekiranya anda mengantuk atau tidak sihat. Sila tangguhkan perjalanan anda dahulu.

2. Semasa Dalam Perjalanan

  • Untuk perjalanan yang jauh anda hendaklah memandu tidak melebihi dari 2 jam. Berehatlah di kawasan rehat dan rawat terlebih dahulu untuk mengembalikan tenaga.
  • Sentiasa mematuhi peraturan had laju
  • Berikan isyarat dan patuhi segala peraturan keselamatan semasa menukar lorong dengan memerhati cermin kiri dan kanan kenderaan.
  • Sentiasa bersikap tenang dan sabar sekiranya terperangkap dengan kesesakan jalan raya.
  • Elakkan mengekori kenderaan hadapan dengan rapat. Ini adalah salah satu punca kemalangan yang serius.
  • Elakkan dari mencelah diantara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain
  • Bersikap toleransi diantara pemandu lain walaupun mereka tidak mengikuti peraturan jalan raya.
  • Berterima kasih kepada pemandu lain dengan melambai tangan sambil tersenyum.
  • Memohon maaf sekiranya anda melakukan kesalahan dengan pemandu lain bagi mengelakan pergaduhan.

3. Perkara Yang Perlu Diamalkan

  • Berhenti ketika lampu merah dan memperlahan kenderaan sekiranya lampu trafic bertukar kuning.
  • Mematuhi had laju yang ditetapkan.
  • Memberi laluan pada pejalan kaki.
  • Sentiasa gunakan isyarat sekiranya hendak memotong atau membuat pusingan.

4. Perkara Yang Perlu Dielakkan.

  • Memecut ketika lampu bertukar kuning.
  • Membunyikan hon secara membuta tuli
  • Menghalang pemandu lain untuk memotong
  • Memandu secara merbahaya.
  • Memandu sambil menggunakan telefon bimbit.
  • Mengekori pemandu hadapan dengan rapat.

5 . Dengarlah lagu Raya 44 buah lagu:

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.

 

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*