Tempat Menarik Bercuti Di Air Hitam Johor

Telur pindang ini saya beli di Air Hitam Johor

Semasa bercuti di Johor Bahru, saya bukan sahaja berkesempatan melawat zoo johor (klik disini) malah sempat lagi berjalan ke syurga membeli belah di Air Hitam Johor. Ini bukan pertama kali saya ke sini, sejak kecil lagi saya sudah menjejak kaki ke sini. Tujuan kesana adalah untuk berjalan dan dalam masa yang sama membeli kerepek, buah-buahan dan sedikit barangan hiasan kerana disana harganya lebih murah dan mudah untuk tawar menawar.

Lokasi Air Hitam Pusat Membeli Belah

Signboard ke Air Hitam Johor
Signboard ke Air Hitam Johor

Perjalanan dari johor bahru ke Air Hitam hanya mengambil masa 45 minit dengan menaiki kereta.Bagi mereka yang baru pertama kali mahu kesini bagi saya tidaklah susah mana. Selepas anda melepasi tol exit 244 Air Hitam anda hanya perlu menghala ke kiri sahaja kemudian anda akan menjumpai simpang empat dan terus belok ke kiri lagi sekali kerana disitulah terletaknya syurga membeli belah Air Hitam.

Barangan untuk hiasan rumah
Barangan untuk hiasan rumah

Apabila sampai sahaja disana, saya melihat ibu dan isteri saya melirik senyuman yang panjang, biasalah senyuman itu bermakna saya adalah mesin pencetak duit bagi mereka. Nasib baiklah barangan yang dibeli tidaklah mahal hanya buah-buahan, sedikit kerepek untuk dibawa balik ke Penang dan karpet sahaja. Cuma saya agak terkilan barangan seperti permainan kanak-kanak agak mahal.

kerepek dan buah buahan murah terdapat disini
kerepek dan buah buahan murah terdapat disini

Dalam kesibukan membeli belah, tiba-tiba berlaku kejadian ragut disana. Malangnya kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan peragut tersebut berjaya melarikan diri dengan menaiki motorsikal. Mangsa adalah pelancong dari Arab. Apa yang saya ketahui peragut tersebut telah mengekori mangsa sehingga ke tandas dan berjaya melarikan beg tangan mangsa yang penuh dengan barangan-barangan penting seperti passport, 2 buah handset dan sejumlah wang tunai RM2000.

Hanya membeli sehelai karpet dan selimut sahaja selepas tawar menawar
Hanya membeli sehelai karpet dan selimut sahaja selepas tawar menawar

Nasihat saya buat kaum hawa apabila mahu kemana-mana pastikan melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu dan sentiasa ditemani oleh kawan atau pun keluarga.

Berehat disini sambil makan putu bambu.
Berehat disini sambil makan putu bambu.

Setelah Hampir 2 jam di sana saya kemudianya berehat di kedai makan untuk membeli kuih putu bambu yang agak terkenal di Air hitam. lokasi putu bambu ini pula adalah disebelah kanan semasa awal-awal anda memasuki simpang Empat Air Hitam.

Tempah Hotel Di sekitar  Johor dengan Click banner dibawah:


About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*