Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis blog di ruangan ini. Hampir 3 bulan rasanya. Disebabkan terlalu malas dan tiada mood rasanya. Baiklah sebelum saya bercerita tentang kegunaan penapis udara panasonic ini lebih baik saya mulakan dengan punca dan sebab apa saya membeli penapis udara ini atau dalam bahasa englishnya di sebut air purifier.
Tujuan utama saya membeli air purifier ini adalah kerana bakal pelangan homestay saya ini mempunyai penyakit allergic habuk. Pada mulanya dier menyuruh saya membersihkan sebaik boleh rumah homestay saya ini dari habuk-habuk yang melekat di dinding dan pintu rumah kerana dier akan menyewa selama 2 minggu. Apabila saya melakukan kajian tentang orang yang allergic habuk ini memang membuatkan saya terkejut. penyakit ini boleh menyebabkan pesakit merasa gatal di muka , hidung , mata dan bahagian kulit akan menjadi kemerahan. Ini menyebabkan seseorang yang allergic akan merasa tidak selasa dan mudah sakit. Inilah tujuan utama saya membeli air purifier kepada pelangan saya untuk digunakan sepanjang menetap di homestay saya.

Apa yang menarik adalah banyak sekali jenama barangan elektronik yang menjual mesin air purifier ini. Yang menarik perhatian saya adalah jenama Sharp dan Panasonic kerana harganya yang mampu milik. Saya pada mulanya ingin membeli jenama sharp tetapi setelah di terangkan oleh jurujual barangan di kedai Sen Heng saya amat tertarik pula kepada jenama Panasonic.
Anda ingin tahu kenapa saya ingin membeli mesin air purifier jenama Panasonic. Ini adalah kerana:
- Harga yang tertera pada awalnya RM569 setelah diberi diskaun harganya menjadi RM409 sahaja perbezaan tidaklah terlalu ketara dengan jenama sharp iaitu RM399.
- Filter jenama Panasonic mudah di dapati berbanding dengan jenama Sharp.
- Mempunyai cahaya lampu yang menunjukan udara dalam keadaan segar jika berwarna biru dan kotor apabila berwarna merah.
- Mempunyai mode penyedut habuk turbo selama 10minit
- Mempunyai sleep mode selama 8jam dan bunyi yang dihasilkan amat senyap ketika menyedut habuk dan ini tidak menganggu anda untuk tidur dengan aman.
- Akhir sekali bentuknya yang praktikal dan portable memudahkan untuk kita memindahkan alat ini dari ruang tamu ke bilik tidur.
Saya rasa saya membuat pilihan yang tepat dengan membeli air purifier jenama Panasonic F-PXJ30A ini.
Jika anda berminat hendak bermalam di homestay saya di seberang perai pulau pinang klik link disini
Saya akan sediakan air purifier ini atas permintaan anda yang allergic dengan habuk. Terima kasih kerana sudi membaca.
Leave a Reply