Baru-baru ini saya ada menukar tayar kereta dan juga spotrim iaitu yokohama advan neova ada08. Dari saiz tayar bersaiz “16” kepada saiz yang lebih kecil”15″. Pada awalnya saya bercadang untuk menukar tayar sahaja . Memang dalam hati berminat dengan tayar Bridgestone RE003, tetapi apakan daya bila melihat spotrim baru dan dihasut oleh tuan kedai saya memilih untuk menukar tayar dan spotrim bersaiz 15.
Setelah dimomok dan dihasut dengan tuan kedai saya tanpa berfikir panjang terus memilih untuk bertukar kepada yokohama advan neova ADO8 kerana tayar ini adalah tayar performance yang lebih bagus daripada tayar sebelum ini iaitu Yokohama Parada.
Harga yang ditawarkan juga memang jauh lebih murah sedikit berbanding dengan harga semasa iaitu RM350 sebiji. saya memilih size tayar 195/55/15 dan sport rim work emotion.

Saya telah menguji tayar tersebut dan apa yang saya dapati cengkaman tayar pada waktu jalan raya kering lebih baik berbanding jika hari hujan.
Jika anda berminat untuk membeli sportrim original dari JAPAN Enkei RS 16x7jj pcd 100 berserta tayar yokohama Parada anda boleh menghubungi saya di talian 0124497372( call@ whatsapp).

Setelah 4 bulan menggunakan tayar yokohama advan neova ni saya dapat rasakan:
- Cengkaman amat baik bila waktu jalan raya dalam keadaan kering
- Waktu jalan raya basah memang agak risau untuk membawa laju pernah try bawak 140km/h masih tegap.
- Rasa makin smart kereta ni dengan kasut baru ramai yang tegur.haha
Sebelum anda membeli tayar yang baru, adalah lebih baik anda membuat research ataupun pembandingan harga tayar terlebih dahulu.
Tujuannya adalah untuk mencari tayar kereta murah ataupun harga yang berpatutan dari segi kewangan anda.
Tetapi, ia adalah agak sukar dan mengambil masa yang lama jika anda terpaksa pergi ke beberapa kedai tayar untuk mendapatkan senarai harga tayar.
Saya menukar tayar di perda seberang perai dan layanan yang diberikan memuaskan.

Jika anda berminat untuk menukar tayar, kedai ini berdekatan dengan Bangkok station di kawasan Perda Seberang Perai.
Leave a Reply