Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Pulau Pinang

Comelnya awak tido
Comelnya awak tido

Tulisan ini adalah sambungan dari entry pertama iaitu pengalaman Isteri bersalin di Hospital Pulau Pinang. Anda boleh membaca dari awal entry di sini.

pintu-masuk-hospital
Pintu Masuk Hospital Pulau Pinang

Untuk pengetahuan anda, keesokan paginya saya diberitahu bahawa isteri akan di induce iaitu akan  diberikan sejenis ubat bagi membuka pangkal  rahim, ubat ini apabila diberikan ianya akan memberikan kesan sakit di bahagian peranakan wanita. Sememangnya bukan mudah untuk melahirkan anak, jika bukaan rahim masih kecil ubat ini terpaksa diberikan oleh doktor.Setelah diberikan ubat tersebut pada pukul 6 pagi, dalam beberapa jam sahaja kesannya mula terasa, isteri tidak berasa selesa dan kurang selera makan.

Makan lauk kehendak sendiri sebelum bersalin
Makan lauk kehendak sendiri sebelum bersalin

Saya hanya dibenarkan melawat isteri sehingga jam 2 petang sahaja dan hanya menunggu di tempat menunggu yang disediakan. Bukan hanya saya sahaja yang menunggu tetapi ramai juga suami dan keluarga yang menanti isteri dan anak mereka bersalin. Apa yang dapat saya perhatikan nurse hanya akan memanggil nama isteri  sekiranya isteri sudah selamat bersalin. Ramai juga keluarga yang menanti dengan penuh debar dan ada yang tidak kurang juga mundar-mandir dan bertanya banyak kali di kaunter pertanyaan sama ada isterinya sudah bersalin atau belum. Saya juga dapat melihat wajah ibu yang tidak boleh bersalin secara normal diusung keluar dari bilik bersalin  untuk ke bilik bedah, kerana   bilik bedah dan bilik bersalin adalah berhadapan diantara tempat menunggu pelawat.

Menunggu nama isteri dipanggil
Menunggu nama isteri dipanggil

Selepas sahaja menunaikan waktu solat asar,saya terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya tentang perihal isteri saya, tetapi jawab nurse isteri saya sudah berada di dalam bilik bersalin dan masih dalam proses melahirkan anak.

Comelnya awak tido
Comelnya awak tido

Tepat jam 5.41 petang lahirlah zuriat kedua saya  dan nurse menyerahkan anak kepada saya untuk diazan dan di iqamatkan. Untuk memegang  anak yang kedua ini tidaklah kekok seperti anak yang pertama, terasa lega bila dapat memegang bayi dan mengetahui isteri dalam keadaan selamat.

Saya dibenarkan melawat isteri pada pukul 8 malam. Apabila ditanya tentang proses kelahiran dan jahitan. Beliau memberitahu jahitan kali ini tidaklah begitu sakit jika dibandingkan dengan bayi pertama kami.Cuma bayi kali ini terasa sakit untuk dilahirkan. Masakan tidak anak yang keluar kali ini seberat 3.6kg berbeza dengan sebelum ini 2.8kg sahaja.

menunggu giliran mengambil ubat
Menunggu giliran mengambil ubat

Keesokan petangnya saya diberitahu isteri bahawa dier akan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setelah saya sampai ke hospital nurse menyerahkan borang untuk saya serahkan  kepada kaunter pembayaran.Kos yang dikenakan untuk proses kelahiran adalah sebanyak RM60 sahaja.

Layanan  yang diberikan oleh pihak hospital Pulau Pinang sungguh baik. Segala pertanyaan dan percakapan dalam pertuturan pun bagi saya amat memuaskan walaupun saya tahu ada dikalangan doktor, sister dan nurse begitu sibuk dan terpaksa melawan emosi dalam melayan kerenah ibu-ibu bersalin. Saya ada juga berbual dengan nurse disitu, semasa mereka menyambut kelahiran bayi ada juga dikalangan mereka  yang di tendang di kepala, dimaki dan dimarahi oleh ibu-ibu semasa bersalin. katanya mereka  sudah lali dalam keadaan dan situasi tersebut.

Didalam entry ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Pulau Pinang kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Tempah hotel murah disekitar hospital pulau pinang dengan click banner dibawah:

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

3 Comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Pulau Pinang - Biskut Marie
  2. Beli barangan bayi murah semasa baby expo - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*