Setiap pasangan keluarga yang baru mendapat anak pasti mengalami perubahan dari segi sikap dan emosi. Bagi kehidupan rumah tangga yang mempunyai anak yang kecil dan kelahiran yang rapat merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan cara yang berkesan dan baik.Entry ini adalah tip bagaimana pasangan yang berumah tangga mengatur diri untuk menghadapi perubahan pasangan selepas mendapat anak.
Cara Mengatasi Perubahan Suami Isteri Selepas Mendapat Anak
- Apabila bergelar ibu bapa dan mendapat anak, pasangan haruslah bersedia untuk menerima perubahan jadual diri terutama di saat awal kelahiran kerana penumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada anak yang baru lahir.
2. Kelahiran zuriat pasti menjadi idaman setiap pasangan yang berkahwin.kehadiran orang baru ini pasti mengubah suasana keluarga dari hilai tawa gurauan suami dan isteri akan bertambah dengan hilaian tanggisan anak yang baru dilahirkan.
3. Disaat kelahiran dan dalam berpantang isteri memerlukan sokongan suami secara fizikal dan mental kerana isteri masih dalam keadaan lemah dan masih tidak mampu melakukan sebarang kerja dengan sendirian.

4. Suami yang baik selalunya prihatin dengan keperluan isteri terutama dari jagaan makan minum,perubatan dan kesihatan dirinya. Sokongan moral yang diberikan suami akan mempercepatkan sembuhan bukan sahaja kepada fizikal malahan mental.
5. Isteri yang bijak walaupun dalam keadaan sibuk akan melayan kehendak bayi tetapi tetap memberi keutamaan kepada suami dan keperluannya sama ada secara luaran dan dalaman.

6. Seorang suami walaupun sudah bergelar ayah sifatnya akan terus mahu dibelai dan dimanja sama seperti bayi yang baru dilahirkan kerana belaian isteri membuat suami merasai dirinya disayangi dan dihargai.
7. Isteri dan suami seharusnya saling bekerjasama untuk memastikan hubungan akan sentiasa segar dan kasih sayang semakin mengharum lebih-lebih lagi dengan kelahiran anak yang menjadi simbol kasih sayang yang mewangi.

8. Suami hendaklah sentiasa mendengar luahan isteri dari segi rohani, kerana selepas melahirkan anak akan ada perkara yang mengangggu fikirannya. Ada baiknya suami mengambil cuti kerja sekiranya isteri memerlukan suami dalam menguruskan anak.
Diharap tips ini berguna bagi mereka pasangan rumah tangga yang akan atau baru mendapat zuriat .
hubungan suami isteri yang baik dapat membina keluarga yang baik juga. Dan sikap saling faham dan tolong menolong sesama sendiri adalah kaedah terbaik