Setiap manusia mempunyai bentuk wajah dan tahap penglihatan yang berbeza-beza. Lantaran itu entry kali ini menyediakan tips memilih kaca mata mengikut bentuk wajah yang sesuai dengan anda .Untuk pengetahuan anda masalah rabun bukanlah satu perkara yang asing bagi lelaki mahupun wanita. Disebabkan itulah maka senario berkaca mata dapat dilihat dimana-mana sahaja. Sungguhpun begitu, bukan semua suka mengenakannya biarpun menyedari penglihatannya semakin kabur. Jadi tidak hairanlah andai ada diantaranya yang lebih selesa memakai kanta lekap bagi memudahkan urusan kerja. Terdapat beberapa faktor pendorong yang membuatkan mereka tidak suka berkaca mata dan perkara pertamanya ialah ketidaksesuaian wajah dengan bingkai yang dipilih.Dibawah terdapat beberapa tips untuk anda memilih cermin mata yang sesuai dengan wajah dan personaliti anda.
Beberapa Tips Memilih Kaca Mata Mengikut Bentuk Wajah

Berwajah bulat
Sekiranya anda diketegori sebagai lelaki atau perempuan yang mempunyai bentuk berwajah bulat, rahang yang melengkung serta dagu dan pipi yang membulat. Disarankan supaya anda memilih kaca mata yang mampu menonjolkan kontras seperti berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi mempunyai lensa yang agak besar. Perhatikan kaca mata berkenaan dan kalau boleh jangan terlalu kecil kerana ia membuatkan mata anda menjadi kecil. Selain itu cuba elakan dari memilih kaca mata yang mempunyai bingkai bulat atau lonjong kerana ia menjadikan wajah anda bertambah bulat.

Berwajah petak
Adakah anda merupakan lelaki berwajah petak atau berehang petak? Jika jawapannya ya adalah lebih baik anda mengenakan kaca mata berbentuk bulat. Pertanyaan kenapa mesti menghuni fikiran anda kerana alasannya ialah kaca mata berbentuk demikian sedikit sebanyak boleh melembutkan bentuk kepala anda.

Berwajah bujur
Anda di kira bertuah kerana memiliki wajah yang bujur dan lonjong. Oleh kerana itulah anda mampu memilih apa jua bentuk kaca mata yang anda inginkan termasuklah bingkai empat segi, bulat dan sebagainya.Sesungguhnya anda boleh memilih kaca mata berpetak namun sebolehnya elakan dari membeli yang terlalu bersegi rekaannya.

Wajah berbentuk hati
Bentuk wajah sebegini sangat sesuai untuk kaca mata berbingkai bujur, secara logiknya ia mampu menyeimbangkan bentuk wajah selain memberi penampilan lebih segak dan berkeyakinan. Perlu dingat, sekiranya anda ingin membeli kaca mata maka cuba elakan dari membeli rekaan yang menutup kening anda.
Anda boleh membeli Cermin mata dengan Diskaun terbaik dengan click link image dibawah:

Leave a Reply