Tips Membeli Rumah Pertama Di Pulau Pinang

Antara fasiliti yang disediakan

Saya membeli rumah pertama pada usia 25 tahun setelah terkejut melihat rakan saya telah membeli 3 buah rumah pada usia yang sama dengan saya. Berkat dari tunjuk ajar darinya saya nekad untuk membeli sebuah Condominium BJ Court di area Bukit Jambul Pulau Pinang pada awal tahun 2011.

Antara Sebab  Saya Membeli Rumah Pertama Di Pulau Pinang

Pembelian rumah pertama ini diperkenalkan oleh seorang kawan yang menyewa di rumah tersebut. Saya juga diberitahu rumah tersebut akan dijual dibawah harga pasaran ketika itu. Jadi tanpa menunggu lama saya terus berjumpa dengan owner rumah tersebut yang berbangsa cina. Orangnya ramah dan senang untuk dibawa berbincang. Hasil dari perbincangan dan tawar menawar akhirnya saya dapat membeli rumah tersebut dengan nilai harga RM1xxK.

Dalaman rumah
Dalaman rumah

 

Swimming pool yang terdapat diatas condo bj court
Swimming pool yang terdapat diatas condo bj court

Antara sebab saya membeli rumah tersebut adalah:

  1. Rumah di jual dibawah harga pasaran RM1xxK dan harga sebenar dalam pasaran ketika itu adalah RM1xxK.
  2. Mempunyai pelbagai fasiliti seperti gym,bilik yoga, tempat bermain ping pong dan skuasy, kolam renang, jaguzi, Spa, perpustakaan dan dewan besar bagi majlis perkahwinan.
  3. Rumah berdekatan dengan kemudahan awam seperti masjid, mydin mall,bank, shopping complex Quensbay Mall, restoran dan sangat bedekatan dengan industri perkilangan Pulau Pinang.
  4. Mudah untuk diberi sewa kepada bakal penyewa sekiranya saya berpindah tempat kerja.
  5. Rumah tersebut berdekatan dengan tempat kerja hanya 5 minit sahaja saya sampai dengan menaiki kereta atau motorsikal.

Dalam perbincangan dengan tuan rumah saya ada menyatakan akan meminjam wang dari bank lebih dari harga yang dijual oleh tuan rumah agar beliau tidak merasa keliru sekiranya pihak bank menelefon beliau meminta pengesahan dengan harga yang dijual. Tujuan saya berbuat demikian agar saya tidak perlu menyediakan deposit sebanyak 10 peratus dari harga rumah dan juga tidak perlu untuk membayar kos upah peguam.

Alhamdulilah,setelah hampir seminggu menghantar dokumen kepada pihak bank segala urusan dipermudahkan olehNya. Pegawai bank menelefon bahawa pinjaman wang yang saya mohon telah diluluskan dan yang paling seronok saya mendapat lebihan wang sebanyak RM6k tanpa membayar deposit rumah dan upah peguam. Nanti saya akan kongsikan bersama anda tentang tips dan dokumen yang diperlukan oleh pihak bank agar urusan pinjaman loan anda mudah diluluskan oleh bank.

Lihat video aksi anak 3 tahun main gelongsor swimming pool.

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*