Tips Bila Bertemu Cinta Sejati atau Cinta Kilat

Pasangan ini bertemu jodoh di tempat kerja

Setiap pasangan yang berkahwin pasti melalui fasa-fasa percintaan dan apa yang kita ketahui cinta sejati dan jodoh pertemuan semenangnya di tangan tuhan. Ada yang mudah mendapat jodoh, namun ada juga yang harus menunggu lama untuk bertemu pasangan hidup yang serasi sebelum melasungkan perkahwinan. Malah ada yang bertemu jodoh ketika di penghujung usia.

Pasangan ini bertemu cinta apabila dikenalkan rakan-rakan
Pasangan ini bertemu cinta apabila dikenalkan rakan-rakan sumber myrujukan

 

Pasangan ini berkenalan ketika melayari yahoo massenger
Pasangan ini berkenalan ketika melayari yahoo massenger

Pasangan ini bertemu cinta dan jodoh di tempat kerja
Pasangan ini bertemu cinta dan jodoh di tempat kerja

Apakah Tips Bila Bertemu Cinta Kilat atau Cinta Sejati

  • Jangan terburu-buru

Tapi tidak dapat dinafikan ada yang baru dua tiga bulan berkenalan terus sahaja bertunang atau bernikah, malah kadang-kadang pasangan yang baru sahaja dikenali tidak sampai sebulan. Inilah yang dikatakan cinta itu buta atau cinta kilat. Sebaik sahaja bertemu dan berasa selesa bersama mereka pantas mengikat perhubungan dengan perkahwinan.

Terdapat pelbagai alasan yang diberikan bagi pasangan yang bercinta. Ada yang yakin dan mengatakan pasangannyalah yang serasi dengannya. Tak kurang jugak yang mengambil keputusan untuk terus berkahwin kerana didesak oleh usia yang makin meningkat, takut terlepas idaman hati dan ada juga yang takut terus gagal bercinta.

Namun apa jua alasan yang diberikan, ingatlah bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang kekal abadi dan bukan untuk setahun dua.Jadi bagi anda yang baru sahaja berjumpa dengan cinta hati pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.

  • ketahui latar belakang suami atau isteri

Sebelum bertunang atau berkahwin, pertimbangkan juga kriteria calon suami atau isteri, komitmen keluarga dan persiapan mental anda. Perkara sebegini selalunya diabaikan bagi meraka yang hanyut dengan percintaan.

  • Sentiasa berfikir secara matang

Perkahwinan bukan urusan untuk dibuat main-main. Ini adalah keputusan yang perlu difikirkan dengan matang. Walaupun waktu anda mengenali pasangan anda cukup terbatas namun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk mengenali karekter calon suami atau isteri dari pelbagai sudut

Penting untuk mengenali latar belakang keluarga pasangan
Penting untuk mengenali latar belakang keluarga pasangan

 

Apabila berkahwin bukannya menjaga satu keluarga tetapi dua buah keluarga
Apabila berkahwin bukannya menjaga satu keluarga tetapi dua buah keluarga

Selain daripada mengenal diri calon suami, latar belakang keluarganya juga perlu diketahui. Budaya melayu kita dari awal menekankan bahawa perkahwinan bukan hanya ikatan antara dua individu tapi juga dua buah keluarga.

  • Menerima pasangan seadanya

Tidak semua perkara tentang perkahwinan segera ini buruk berlaka.ada pasangan yang menemui kebahgiaan yang diinginkan walaupun tempoh perkenalan cukup singkat sebelum mendirikan rumah tangga.

Percintaan selepas pernikahan memang indah. Inilah waktu yang sesuai untuk mengenali pasangan masing-masing. Walaupun tidak sependapat dan serasi. Segalanya perlu diterima kerana keputusan sudah dibuat ditangan anda.Oleh itu terima pasangan seadanya.

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*