Kebiasaanya ibu bapa yang bekerja pasti resah dan binggung hendak memilih pengasuh untuk anak-anak. Ada yang memilih nurseri atau taska yang dekat dari rumah atau tempat bekerja dan ada pula yang memilih menghantar anak ke rumah orang tua sendiri kerana risau dengan kes-kes dera kanak-kanak yang sering berlaku di Malaysia. Namun Kebiasaannya setiap kali menghantar anak ke nurseri pasti anak akan mengamuk dan menangis. Itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh oleh ibu bapa yang bekerja dan perlu menghantar anak ke nurseri atau taska seawal usia anak dua bulan dan mungkin sehingga berusia enam tahun.

Inilah Tip Untuk Ibu Bapa Menghantar Anak ke Pengasuh

Faktor pemilihan nurseri yang mementingkan pemberian kasih sayang dan pembelajaran kepada anak-anak adalah amat penting sekali. Anak-anak pasti seronok untuk ke rumah pengasuh kerana dia merasa diterima dan diraikan. Jika ibu bapa dan pengasuh memainkan peranan masing-masing,perkembangan fizikal,emosi,sipiritual dan mental anak-anak yang membesar boleh dikembangkan. kuncinya adalah kasih sayang dan usaha yang berterusan.
Dibawah ini adalah tip-tip untuk memastikan anak suka untuk datang kerumah nurseri atau taska setiap hari.
1. Berkongsi cerita dengan anak-anak tentang keseronakan melakukan aktiviti di nurseri dan keseronakan mereka berdamping dengan kawan-kawan.
2. Sentiasa kaitkan apa sahaja aspek positif supaya didalam minda anak-anak nurseri adalah tempat yang paling menyeronokkan.
3. Jadikan pengasuh sebagai rakan yang boleh berkongsi matlamat demi kesejahteraan anak-anak.

4. Tunjukan minat terhadap pekembangan anak di nurseri dan berikan sokongan moral kepada pihak nurseri dalam usaha mereka memberikan yang terbaik kepada anak-anak.
5. Selalu bertanyakan pekembangan dan pencapaian anak anda di nurseri serta hidupkan semula detik-detik manis yang dia lalui itu dirumah dengan berkongsi perasaan anda bersamanya.
6. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki tingkah laku anak-anak supaya anak-anak disenangi oleh pengasuh dan rakan-akan lain.

7. Apabila anak-anak memperlihatkan ciri-ciri positif berikan ganjaran dengan kata-kata peransang supaya ciri-ciri ini diperkukuhkan dalam diri anak-anak.
8. Jika anak membuat salah hendaklah ditegur dengan baik dan sentiasa tegas melaksanakan peraturan.
9. Jangan jadi ibu bapa yang manja iaitu mengikut apa sahaja kehendak dan kerenah anak walaupun ia sesuatu yang salah kerana ini akan membentuk anak yang tidak mendengar kata dan sukar menyesuaikan diri di nurseri.
10.Sentiasa positif apabila bercakap dengan nurseri atau pengasuh dengan anak-anak.
11.Memastikan anak-anak menghormati dan menyayangi semua pengasuh dinurseri kerana mereka perlu berdamping dengan pengasuh setiap hari.
12. Walaupun ada perkara tentang nurseri yang kurang anda senangi,jangan berbincang depan anak-anak dan jangan memperkecilkan pengasuh.
Semoga tip ini dapat membantu anda cara dan bagaimana menghantar anak ke nurseri atau taska agar anak selesa serta merasa seronok untuk belajar dan bermain ketika berada disana.
Leave a Reply