Baru-baru ini saya dan keluarga bercuti ke Johor Bahru. Tujuan ke Johor Bahru adalah untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan adik beradik saya. Sepanjang berada di Johor saya sempat berjalan-jalan disana. Saya sebenarnya tidak pernah ke zoo Johor walaupun dulu saya pernah bermastautin selama 20 tahun disana. Biasalah bila bermaustautin ditempat sendiri, tempat-tempat menarik di Johor memang tidak berminat untuk dikunjungi.Tempat yang jauh dari Johor pula sanggup berhabis duit untuk dilawati.
Antara Tempat Menarik di Johor -Zoo Johor
Baiklah, untuk pengetahuan anda perjalanan untuk ke zoo Johor ini tidaklah sukar mana.Kerana zoo Johor terletak di tengah-tengah Johor Bahru iaitu di Jalan Gertak Merah dan bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Malah zoo Johor ini berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah yang baru sahaja terbakar dan mengorbankan 6 orang pesakit.Anda boleh baca disini.

Apabila sampai disana, Saya agak terkejut dengan harga tiket kerana kemasukan untuk ke zoo Johor ini terlalu murah iaitu sebanyak 2 ringgit untuk dewasa dan 1 ringgit sahaja untuk kanak-kanak yang berusia 3-11 tahun. Waktu kemasukan pula adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan dibuka setiap hari.

Suasana disana juga amat menarik dan terdapat tanda arah bagi memudahkan pengunjung untuk melihat binatang dan haiwan ditempatkan.Cuma waktu saya kunjungi terdapat sedikit proses ubahsuai kawasan zoo bagi mencantikkan lagi landskap Zoo Johor.
Pada pendapat saya, waktu yang sesuai untuk anda kunjungi adalah di waktu pagi kerana faktor parking kereta yang tidak penuh dan cuaca yang sejuk dan redup. Binatang-binatang yang berada didalam sangkar kelihatan cergas ketika diberi makan dan tidak akan duduk setempat.Kita boleh melihat pelbagai aksi menarik dan lucu yang dilakukan oleh pelbagai binatang di dalam zoo.

Di dalam zoo Johor anda boleh melihat pelbagai binatang dan haiwan seperti harimau, singa, burung unta, buaya, badak sembu, tapir, monyet dan pelbagai binatang lagi. Yang paling menarik adalah melihat unta.Unta disana sangat jinak dan kebanyaknya ramai pengunjung yang ingin bergambar dengan unta tersebut.




Setelah penat berjalan kami berehat didalam cafe yang terdapat di dalam zoo, makanan dan minuman agak berpatutan serta layanan pekerja ramah dan mesra.Cuma mainan untuk permainan budak-budak yang saya rasakan agak mahal. Mahu tak mahu saya beli juga sehelai baju jdt dan mainan binatang -binatang kecil untuk anak saya kerana dia sudah meminta dari awal lagi.
Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan harga tiket dan suasana landskap zoo Johor. Jika ada kelapangan saya akan melawat lagi kerana bagi saya anak-anak kecil boleh belajar dan mengenali binatang yang terdapat disana.
Tempah Hotel Murah Di Sekitar Johor dengan click banner dibawah:

x silap saya, harimau kat sini jinak jinak merpati, jinak lagi burung kasuari