Percutian bersama keluarga di Janda Baik memang amat menyeronokan, ini adalah percutian yang dirancang selama 6 bulan sebelum bergerak kesana. Tahun lepas 2017 kami bercuti di Melaka, kali ini kami bercuti di Janda baik. Kami memilih lokasi untuk bermalam di dalam kawasan kampung di atas bukit dengan kadar sewa semalaman RM1600. Kami memilih radiant retreat mountain lodge sebagai tempat penginapan kami. Dengan keluasan rumah yang mempunyai 6 bilik tidur dan boleh menampung seramai 30 orang dewasa ia sungguh memberi keselesaan kami sekeluarga . Setiap bilik dilengkapi bilik air beserta water heater dan hanya satu sahaja tiada aircond. Dengan keluasan ruang tamu yang luas memudahkan pengerakan anak dan anak buah saya bermain serta berlari-lari di situ cuma di luar balkoni hendaklah di awasi orang dewasa atau tutup sahaja pintu bagi keselamatan anak-anak. Kami memilih untuk menginap di tingkat atas kerana ditingkat atas sahaja dibenarkan memasak serta dilengkapi peralatan memasak yang lengkap.







Ramai keluarga yang join ada yang dari Penang, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. kami berjumpa di RNR Genting Sepah dan berehat serta beborak dahulu sebelum memulakan perjalanan semula. Jarak homestay kami dari RNR Genting Sepah hanya 10 kilometer sahaja. Setelah sampai hanya 3 kereta dibenarkan parking di kawasan homestay dan kereta lain hendaklah parking diatas bukit yang jarak dari rumah hanya 30 meter.
Aktiviti Hari Petama
1. Kami hanya merehatkan badan dan berborak sahaja kerana masing-masing masih letih dan penat.
Aktiviti Hari Kedua
- Pada hari kedua sebelah pagi kami memulakan aktiviti memancing ikan talapia di dalam kolam bedekatan dengan kawasan rumah yang di sediakan oleh pihak radiant retreat.
- Terdapat wawa fun valley yang disediakan pihak radiant retreat dan kemasukan adalah percuma kerana kami menginap disana. Sekiranya tidak menginap bayaran kemasukan adalah RM25 seorang.
- Wawa Fun Valley mempunyai 6 aktiviti menarik yang boleh anda nikmati sepanjang hari.
1) Kursus halangan (8 cabaran)
2) Golf gila (9 lubang)
3) Memanah (2 sasaran)
4) Menembak Target Paintball (2 sasaran, 10 peluru setiap orang percuma, RM20 untuk 60 peluru tambahan)
5) Tangkap dan lepaskan ikan.
6) Janda Baik Tourist Drive (1 peta percuma untuk kumpulan).






- Pada sebelah petang pula kami keluar untuk bermandi -manda di kawasan sungai. Saya teruja disini kerana air sungainya yang sejuk dan jernih memang menyeronokan bermandi-manda bersama anak.
- Pada sebelah malam pula kami menikmati hidangan BBQ. Untuk BBQ bayaran sewa RM100 dikenakan dan barang seperti alumiun foil hendaklah disediakan sendiri. Cuma barangan lain seperti arang disediakan oleh pihak radiant-retreat.
- Kami ada membuat pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah dan permainan whispering hearing, ping pong sehingga lewat malam.
Aktiviti Hari Ketiga
- Ini adalah aktiviti bebas di mana ada yang pergi memancing atau berjalan sekitar rumah sebelum waktu checkout 12 tengahri
Sungguh percutian bersama keluarga memang menyeronokan. Mungkin tahun depan kami akan bercuti di kawasan pantai pula sama ada di Endau Johor atau di Cherating Terengganu.
Leave a Reply