Artikel ini adalah salah satu pengalaman saya membeli kereta terpakai atau lebih mudah lagi kereta second hand. Pada awalnya saya ingin membeli kereta baru tetapi kerana takut commitment selama 9 tahun untuk membayar duit bulanan kereta baru adalah salah satu punca saya membeli kereta terpakai yang saya rasa mampu dan kurang dari 5tahun ansuran bulanan.
Antara Pengalaman Beli Kereta Terpakai


Pada awalnya saya hanya lebih berminat untuk memiliki kereta terpakai seperti satria atau putra kerana ianya menarik dan dalam lingkungan bajet saya. Maklumlah jiwa muda ketika itu, memiliki kereta adalah salah satu kebanggaan. Akhirnya saya memilih kereta putra kerana ianya rare dan susah dijumpai dijalan raya.Pengenalan saya terhadap kereta putra ini adalah dari rakan serumah yang menyewa dengan saya. Hari-hari saya ada bertanya padanya adakah kereta putranya mahu dijual. Alasan sama yang diguna pakai. “Aku nak pakai sampai reput”, walhal selepas 2 tahun saya memakai kereta putra dia sudah bertukar angin menjual keretanya dan membeli kereta baru.
Pengalaman membeli kereta secondhand ini banyak cabarannya. Anda tidak tahu apa yang telah berlaku keatas kereta tersebut sebelum ini. Kerana sewaktu saya membeli kereta ini ianya telah berusia 10tahun. Saya membeli kereta putra ini pada tahun 2008 dengan nilai harga RM24k. Pada waktu tersebut saya begitu naif tentang perihal kereta. Yang saya tahu asalkan kereta boleh berjalan dan sistem brek berfungsi ianya sudah cukup bagus bagi saya. Setelah saya membeli kereta ini ada kerosakan yang saya alami iaitu:.
1.Allignment lari
Saya ada membuat alignment tetapi masalah masih sama. Setelah diperiksa stering rack sudah rosak dan kos untuk repair lebih kurang dalam 400 rnggit.
2.Tali Pingang keledar rosak
Tali pingang dibahagian penumpang kereta ini pada awalnya saya rasa ianya perlu diganti sebelah sahaja tetapi sangakaan saya melesat kerana saya perlu membeli kedua-dua belah tali pingang kereta. Susah untuk membeli sebelah bahagian sahaja Kerana penjual kebanyakanya menjual kedua-dua belah tali pingang keledar.
3 Bodykit kereta
Kebanyakan bahagian skirting, bumper kiri kanan depan belakang diperbuat daripada fiber dan mudah retak dan rapuh. Saya terpaksa mencari skirting ,bumper belakang dan depan kereta yang lebih sesuai. Maka pilihan bumper asti dan skirting mivec menjadi pilihan.
4.Bumbung kereta
Bumbung kereta mulai timbul bubble dan kos untuk repair makan modal juga.
5.Belting
Ini perkara yang paling penting setelah membeli kereta saya terus menukar belting dan water pump.
Saya harap bagi mereka yang hendak membeli kereta terpakai seharusnya membawa kawan atau pomen yang arif tentang kereta kerana mereka lebih pakar dalam mengenali kerosakan kereta sama ada kecil atau besar.
Alhamdulilah saya masih menggunakan jentera ini kerana ianya masih mantap,seksi dan sistem aircond proton putra memang sejuk nak mampuih.
Team proton putra selalu mengadakan reunion setiap tahun bagi merapatkan hubungan silatulrahim antara pemilik kereta. saksikan video dibawah.



Leave a Reply