Merapatkan hubungan suami isteri dengan berjumpa bomoh siam.

Suami Isteri
Suami Isteri

Saja je saya meletakkan caption “bomoh siam” supaya artikel ini menarik pembaca untuk membaca bagaimana menangani masalah suami isteri dikamar tidur. Hahaha.

Alam perkahwinan adalah saat yang paling bahagia dan berharga bagi setiap insan yang akan bergelar suami isteri. Bagaimanapun disebalik kegembiraan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak bagi menjamin kebahagiaan suami isteri.

Tidak mengetahui tanggungjawab masing-masing, boleh menimbulkan banyak konflik dalam hubungan suami isteri. Jarang sekali kita mendengar cerita-cerita pasangan baru suami isteri bergaduh ketika diranjang, tetapi yang selalu kita dengar berlakunya situasi berikut adalah pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Bagaimana boleh berlaku perkara tersebut sedangkan mereka sepatutnya lebih mesra kerana sudah lama hidup bersama dan lebih memahami hati dan perasaan masing-masing.

Kamar Tidur
Kamar Tidur

Situasi begini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi ketika diranjang. Secara logiknya mereka sepatutnya bermesra,berkasih sayang dan bertolak ansur ketika diranjang. Sekiranya boleh berlaku pergaduhan diranjang,bagaimana pula diluar waktu tersebut, semestinya tidak wujud nilai kekeluargaan islam didalam institusi kekeluargaan tersebut. Perlu diingat bahawa kamar tidur merupakan destinasi suami isteri memahami hati budi masing-masing dalam melahirkan sifat pengasih dan penyayang.

Dari sudut luaran, walau namanya kamar tidur, fungsinya bukanlah untuk tidur semata-mata. Malah lebihdari itu, suami isteri hendaklah menjadikan kamar tidur sebagai tempat memupuk cinta berahi. Oleh itu kamar tidur hendaklah dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang sesuai dengan fungsinya. kamar tidur juga perlu dihias dengan perhiasan cantik, wangi dan selesa.jangan sesekali menjadikan kamar tidur berselerak dengan baju kotor, tidak kemas dan sebagainya.

Begitu juga sebaliknya,segala masalah ditempat kerja jangan sesekali dibawa ketempat tidur. Cari topik perbualan yang lembut, romantik dan mesra.

Sekiranya tip-tip berkenaan dilakukan,maka tidak berlakulah pergaduhan ketika diranjang, kerana masing-masing faham akan kehendak dan tanggungjawab bersama. Untuk memastikan cara terbaik menyelesaikan pergaduhan terutama pergaduhan diranjang adalah

  1.  Cari punca penyebab berlakunya pergaduhan. Kedua-dua belah pihak perlu mengetahui apa punca berlaku pergaduhan bukanlah sebelah pihak sahaja.
  2.  Usahlah menyalahkan orang lain. Sekiranya pasangan telah mengetahui puncanya maka akuilah kesilapan masing-masingdengan hati yang ikhlas. Tidak rugi kita mengakui kesilapan dan kesalahan kita.
  3.  Bergaduhlah atas dasar cinta dan kasih sayang. Ditengah tengah kemarahan disebabkan kesalahan pasangan yang telah dilakukanya, cubalah renung sejenak siapakah diri pasangan anda. Dia bukan teman biasa ,bukanlah teman sekerja tetapi dia adalah wanita dan lelaki dalam hidup anda.
  4.  Selalunya membaca surah Al-Baqarah ayat 102 semasa solat atau semasa waktu hendak tidur agar terhindar dari sihir pemisah.

Tangganilah pergaduhan diranjang dengan penuh bijak dan rasional. Elakan dari membuat keputusan terburu-buru dan tergesa-gesa seperti mengeluarkan perkataan -perkataan yang menghina,mengancam sama ada dirinya atau keluarganya. Oleh itu tangganilah pergaduhan antara pasangan suami isteri dengan penuh hormat dan belas kasihan. Semoga anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*