Majlis aqiqah anak yang kedua ini berlangsung pada hari sabtu bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1437 Hijrah di Seberang Prai Pulau Pinang. Pada mulanya majlis ini mahu dirancang semasa hari raya qurban tetapi apakan daya atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan tarikh asal telah ditunda lewat seminggu selepas hari raya qurban. Bukannya mudah untuk melaksanakan majlis aqiqah anak ini, sekurang-kurangnya hendaklah dirancang awal setelah hari pertama kelahiran bayi.
Suasana Majlis Aqiqah Anak dan Kesyukuran

Alhamdulilah, disebabkan kelapangan masa dan rezeki pada bulan ini saya dapat mengadakan majlis aqiqah anak dengan baik dan teratur.Setiap pasangan yang berkahwin dan dikurniakan cahaya mata seharusnya merasa bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah Taala kerana bermula kita dilahirkan,sehingga kita dewasa dan kemudian kita dimatikan kita tidak pernah sunyi daripada nikmat yang diberikan oleh Allah Taala.

BAiklah berbalik pada majlis aqiqah ini ,tepat sahaja jam 11 tengahari rumah kami di datangi oleh sekumpulan wanita untuk tujuan marhaban. Alunan marhaban yang disertai dengan ayat-ayat suci Al-Quran mengamitkan suasana meriah di dalam rumah. Suasana alunan merdu suara dari kumpulan marhaban ini menyebabkan anak saya tidur dengan lena dan tidak terjaga sehingga tamat upacara marhaban.


Manakala dari segi persediaan kambing, makanan dan khemah untuk majlis aqiqah ini saya menempah dengan Norifah Katering kerana saya tahu masakan yang disediakan olehnya amat sedap dan lazat. Proses penghantaran makanan pula amat cepat dan bersistematik dan bayaran kos untuk kesemuanya bagi saya amat berpatutan dengan servis dan layanan yang diberikan. Sekiranya anda berminat untuk menggadakan majlis aqiqah, pertunangan,perkahwinan, tahlil dan sebagainya di kawasan sekitar pulau pinang sememang Norifah catering adalah pilihan yang tepat. Pemilik norifah catering ini boleh anda hubungi ditalian 0194422956 (KAK PAH). Bagi saya pengusaha norifah catering ini seorang yang rajin bekerja,menepati janji, mesra dan senang untuk dibawa berbincang.


Kehadiran pakcik, makcik,kenalan dan sahabat handai memang menyeronokkan. Ada sahabat yang datang dari jauh memberi hadiah dan berbual panjang sehingga ke petang hari. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada mertua dan saudara mara saya yang menolong dari pagi dan petang sehingga majlis ini selesai.
Bagi saya dalam kehidupan kita didunia, kita mestilah peka dengan keadaan sekeliling. Walaupun kita hidup senang, namun disana ada mereka yang memerlukan bantuan dan belas kasihan kita. Jika kita senang, maka kita perlu bersyukur, dan antara cara besyukur itu adalah kita berkongsi kesenangan bersama orang lain.
Jelaslah bagi saya ibadah akikah sebenarnya jika diteliti dengan mendalam mempunyai objektif yang sangat murni dan suci. Bermula daripada tujuan asal mendekatkan diri kepada Allah sehinggalah untuk mendekatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Mudah-mudahan Allah Taala memberi taufik dan hidayah kepada kita semua untuk berkorban demi agama-Nya. Amin.
Dibawah in saya sertakan contoh jemputan untuk majlis aqiqah dan dipersilakan share artikel ini untuk kebaikan bersama.
Wah, siap ada contoh surat, saya try download dan berjaya, terima kasih bro
sama-sama tuan