Setiap anak seringkali menginginkan sesuatu yang bukan miliknya. Kemungkinan anak malu atau takut untuk meminta daripada orang tua ataupun rakannya. Jadi salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu adalah dengan cara mencuri. Selalunya, kanak-kanak yang berusia dibawah enam tahun masih tidak mengerti tentang hak milik. Namun apabila mula melangkah alam persekolahan ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk menegur sekiranya anak-anak masih melakukan perbuatan mencuri. Tahukah anda sebab apa anak anda mencuri ?
Antara Lima Sebab Kenapa Anak Anda Mencuri
- Untuk menarik perhatian orang disekelilingya
- Keinginan untuk mendapatkan sesuatu bagi memenuhi kepuasan hatinya.
- Dicabar oleh rakan-rakan sebayanya
- Untuk melihat keupayaan dirinya mencuri
- Terpengaruh oleh rakan- rakan di sekelilingya.
Tips Untuk Mengajar Anak Yang Mencuri
1.Didik anak-anak anda
Jika hendak melakukan hukuman boleh sahaja dilakukan. Namun ia harus disertakan dengan sebab dan penerangan yang wajar. Cuba terangkan pada si anak tentang hak milik serta kesan yang akan berlaku sekiranya hak tersebut dicerobohi. Mungkin cara tersebut mengambil masa untuk difahami. Namun ia sememangnya satu cara yang berkesan terhadap psikologi si anak.
2. Berikan Hukuman yang setimpal
Anak mencuri sememangnya satu kesalahan dan setiap kesalahan perlu diberikan hukuman. Namun begitu usahlah menghukum si anak mengikut kata hati. Berilah si anak hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan serta tahap usianya. Kebanyakan ibu bapa sukar menerima hakikat anaknya mencuri dan sememangnya bekeras dalam memberi hukuman. Usahlah bersikap begitu kerana anak anda dalam proses pembelajaran dan setiap kesilapan yang dilakukan perlu dihukum secara rasional.
3. Mengakui Kesilapan
Sekiranya anak anda mencuri dan tertangkap serta kesalahan tersebut terbukti. Cuba meminta anak anda untuk berterus terang. Mungkin si anak mempunyai sebab sebab tertentu untuk mencuri. Sekiranya anak-anak mengakui kesilapannya. Jangan terus menjatuhkan hukuman.Berilah pujuan kepadanya atas sebab berani berterus terang.
4.Beri respon yang wajar
Ibu bapa tidak semestinya menjadi individu yang pertama mengesan tabiat anak mereka mencuri. kebiasaanya rakan, guru mahupun jiran-jiran mungkin menyedari akan perbuatan si kecil justeru akan mengadu tentang perkara tersebut kepada si ibu dan bapa. Berilah respon yang rasional terhadap aduan tersebut. Usah sesekali bersikap mempertahan si anak ataupun menerima bulat-bulat aduan tersebut.
Lihat antara pelbagai aksi mencuri yang dilakukan kanak-kanak


Leave a Reply