Kedai Tiles Murah Dan Cantik Di Pulau Pinang

kedai tiles di Bagan Jermal Pulau Pinang

Baru-baru ini saya ada menemani mak mertua saya ke kedai tiles untuk membeli tiles yang terletak di Bagan Jermal Pulau Pinang. Ini kerana hampir 2 bulan projek buat dapur dan bilik tidur dibelakang rumah mertua tergendala gara-gara kontraktor melarikan diri(baca disini).

Lokasi Kedai Tiles Murah Dan Cantik Di Pulau Pinang

Perjalanan dari bandar Perda ke Bagan Jermal bukanlah jauh sangat, kira-kira dalam 15 minit perjalanan sahaja.Malah kedai bes ceramic tiles ini senang untuk dicari, anda boleh lihat di Google map ini.

Berbincang harga dengan Jenny pemilik kedai
Berbincang harga dengan Jenny pemilik kedai

Masuk sahaja didalam kedai tiles, kami disambut mesra oleh Jenny. Beliau adalah pemilik kedai tiles tersebut. Orangnya bebangsa cina, berumur dalam 40an. Seorang yang peramah dan sudah bergiat lama dalam industri peniagaan tiles ini lebih 20tahun. Rata-rata pekerjanya adalah dikalangan keluarga beliau sendiri.

Antara barangan kedai yang dijual
Antara barangan kedai yang dijual

Di bes ceramic tiles terdapat pelbagai corak dan hiasan tiles.kedai ini bukan hanya menjual tiles sahaja malah barangan seperti mangkuk tandas, pili air, shower mandi dan sebagainya banyak dijual disini. setiap tiles yang dijual sudah ditanda harga dan harga tersebut bukanlah tetap dan boleh dikurangkan lagi.Apa yang membuat kami rambang mata adalah tiles yang dijual sangat menarik dan terdapat pelbagai corak tiles yang mengikut trend terkini. Jika trend tiles sudah terlalu lama harganya adalah jauh lebih murah.

Antara barangan yang dijual di dalam kedai
Antara barangan yang dijual di dalam kedai

Setelah berbual dan berbincang harga kami memilih untuk membeli tiles bersaiz 2×1. Itu pun kami meminta pendapat Jenny juga warna ape yang sesuai untuk dipasang di bahagian dinding dapur. Konsep tiles yang bercorak 3D dan berwarna putih memang sesuai dan harganya bagi saya tidaklah terlalu mahal. Pandai adjust harga dapat lah harga yang bagi saya amat berpatutan.kos kesemua tiles adalah sebanyak RM2500.

Contoh tiles yang kami beli
Contoh tiles yang kami beli(gambar tiles melintang)

kebanyakan tiles yang dijual mempunyai stok kerana jenny mempunyai store tempat menyimpan tiles. Kami hanya perlu menunggu dalam 10minit untuk barang-barang kami sampai. Semua tiles dan barangan yang di beli dimasukan secara berhati-hati kedalam kereta kami oleh pekerja mereka sendiri.

Dibawah adalah alamat dan talian untuk anda hubungi Jenny

No 9, Lorong Jermal Indah, Taman Jermal Indah, 12300, Butterworth, Penang, Malaysia

  • Tel & Fax04-323 7828
  • Hp: 0124937828
  • E-Mailbesceramic@yahoo.com

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Renovate Rumah Lama Di Pulau Pinang part 2 - Biskut Marie
  2. kos renovation rumah lama - Biskut Marie

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*