Hatten Place Hotel Di Melaka

Assalamualaikum, rasanya tidak terlambat untuk saya review tentang Hatten Place Hotel yang terletak di Melaka.Hotel 5 bintang ini sangat hampir dengan selat melaka dan terletak di atas pusat membeli belah terbesar iaitu Element Shopping Mall.

asam pedas melaka
asam pedas melaka

Tujuan bermalam di sini dari Penang ke Johor adalah untuk menikmati makanan asam pedas melaka dan berjalan-jalan di sekitar melaka yang penuh dengan tempat-tempat viral sebelum pulang ke kampung.

Di Melaka River Cruise
Di Melaka River Cruise

Saya menempah hotel ini melalui sistem aplikasi Agoda dan tertarik dengan harga yang ditawarkan oleh Hatten place iaitu rm120 semalam tanpa sarapan pagi. Dengan fasiliti kolam renang yang menarik dan dekorasi yang mengagumkan sudah cukup menambat hati saya untuk bermalam di sini.

bilik di hatten place melaka
bilik di hatten place melaka

Saya check in ke hotel ini hampir lewat malam iaitu sekitar jam 11 malam kerana saya terlebih dahulu berjalan-jalanĀ  di kota melaka dengan menaiki melaka river cruise dan menjamu asam pedas claypot serta double cheese naan tandori yang popular di Melaka.

Apabila masuk sahaja ke hotel ini saya di sambut mesra oleh pekerja hotel dan urusan untuk pengambilan kunci bilik amat lancar dan memuaskan. Lobinya yang luas membuatkan anak-anak saya berlari-lari di kawasan lobi. Saya meminta supaya bilik saya dan adik ipar di tingkat yang sama dan pekerja tersebut memberi kami bilik bersebelahan dan terdapat pintu ditengah dinding yang memudahkan saya untuk akses ke bilik adik ipar saya dengan mudah. Masa ini saya dan adik ipar saya dapat menginapĀ  di tingkat 23.

sempat ke kolam renang
sempat ke kolam renang
Anak berehat setelah puas mandi mandi manda
Anak berehat setelah puas bermandi manda manda

Tilam dan bantalnya yang empuk membuatkan saya tidur dengan nyenyak. kemungkinan faktor kepenatan sama apabila saya memandu dari Penang ke Melaka. Kemudahan bilik air yang selasa dan pancuran air panas yang kuat cukup selesa untuk saya berada lama di dalam bilik air.

Sebelum checkout saya sempat ke tingkat atas bangunan Hatten Place yang dikenali sebgai Skydeck Hatten city yang membolehkan saya melihat keindahan keseluruhan pemandangan 360 darjah kota Melaka. Tiada bayaran yang dikenakan kerana saya menginap di hotel tersebut dan untuk mereka yang yang tidak menginap di hotel ini bayaran rm10 akan dikenakan.

Bersama adik ipar di Skydeck Hatten City
Bersama adik ipar di Skydeck Hatten City
Skydeck Hatten City
Skydeck Hatten City

Selepas puas melihat keindahan kota melaka saya terus bersarapan di roti canai kayu arang yang popular di Melaka.

Roti Canai Kayu Arang
Roti Canai Kayu Arang

Baiklah samapai disini sahaja coretan saya.

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*