Cara Mengatasi Panas Baran Suami

Bahaya jika panas baran suami tidak dibendung oleh isteri

Setiap wanita mahukan lelaki yang akan dikahwininya adalah seorang yang penyayang,penyabar dan lebih-lebih lagi adalah seorang yang cool. Namun kadang-kala ada sifat panas baran suami yang isteri tidak ketahui setelah berkahwin dengannya.  Ada kalanya isteri dipukul setelah berkahwin oleh kerana sikap panas baran suaminya sudah melampui batas sehingga menyebabkan si isteri merasa trauma atau takut untuk bersemuka dengan suami. Namun tahukah anda setiap pemasalahan ada jalan penyelesaianya. Ikuti tip yang boleh dilakukan untuk mengawal suami yang panas baran ini.

Inilah Cara Mengatasi Panas Baran Suami

Berdiam lebih baik bila suami dalam keadaan baran
Berdiam lebih baik bila suami dalam keadaan baran

Tips 1

Gunakan nada bahasa yang lembut ketika bertanya kenapa tiba-tiba memarahi anda. Kerana dengan nada lembut boleh mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan amarahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur lega.

Tips 2

Apabila menyedari baran suami tiba-tiba akan muncul, berusahalah mengalih perhatiannya. Sebagai isteri anda tahu bagaimana untuk menarik perhatian suami. Jadi anda gunakan kebijaksanaan anda bagi melupakan kemarahan yang baru muncul tadi.

Tips 3

Apabila anda melihat suami anda ada wajah riak marah ataupun terdapat tanda-tanda yang suami akan baran. Cubalah bergurau atau berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan dalam bergurau boleh memadamkan sedikit api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang panas baran, cara sebegini nampaknya mungkin tidak sesuai.

Tips 4

Setiap kali suami anda naik angin. Perasaan anda pasti bedebar-debar melihat tingkah laku suami yang panas baran. Sebaiknya anda bersikap tenang. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan, selepas itu lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini boleh membantu anda untuk merasa relaks. Ini akan membuatkan anda boleh berfikir secara rasional selain memberi anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat panas baran suami.

Tips 5

Jika berhadapan dengan suami yang panas baran memang merunsingkan kepala. Lebih hebat lagi jika sikap panas baran ini sudah sebati dengan jiwanya. Langkah terbaik adalah meminta pertolongan orang ketiga iaitu orang yang suami rapat dan hormati. Mintalah orang tersebut untuk menasihati suami. Jika tiada pilihan perjumpaan dengan kaunselor adalah langkah terakhir.

Tips 6

Sememangnya bukan mudah untuk mengubah sikap panas baran suami. Oleh itu, berdoalah dan berserah diri kepada Allah SWT.  Mintak pertunjuk daripadanya agar suami berubah sikap.

Di dalam panduan ini, terdapat senaraikan cara untuk menangani 42 karenah suami.

 

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*