Cara baiki Mesin Basuh Yang Rosak

Mesin basuh toshiba
Mesin basuh toshiba

Hai Assalamulaikum aritue saya ada nak share tentang cara baiki mesin basuh yang rosak. Cuma kali ini saya berkesempatan untuk menulis.

Baiklah kejadian mesin basuh ini rosak semasa customer saya yang menginap di rumah juju homestay  mahu menggunakan mesin basuh tersebut.  Beliau menelefon saya dan bertanya tentang cara pennggunaannya. Saya fikir mungkin customer saya tak tahu cara menggunakan mesin ini kerana dier memberitahu dirumahnya hanya menggunakan mesin basuh separa automatik so mesin yang fully automatik ni adalah baru bagi beliau.

Setelah sampai ke rumah  homestay saya dapati bukan masalah customer saya tidak tahu menggunakan mesin tersebut tetapi memang mesin tersebut yang telah rosak.

Dari pemerhatian saya kerosakan mesin basuh tersebut berpunca daripada drain motor.

Apabila berlaku kerosakan pada drain motor simpton-simpton seperti dibawah ini akan berlaku:

  1. Mesin basuh ketika kita tekan button start akan berbunyi tark, tark, tark.. kadang-kadang sehingga 4 kali dan akan keluar error pada panel mesin.
  2.  Kadang-kala mesin  berfungsi dan mengalirkan air tetapi akan berhenti tiba-tiba dan berlaku simpton yang sama. Mesin juga akan berhenti berfungsi dan hung secara tiba-tiba.

Saya terus memberitahu customer untuk menukar mesin basuh yang lain dan akan membawa keluar mesin yang rosak untuk di tukar. Nasib baiklah Mama homestay iaitu homestay saya yang lain tiada tempahan pada hari tersebut. Saya hanya menukar mesin tersebut bagi memudahkan customer saya dapat menggunakannya. Keselesaan pelanggan homestay memang menjadi keutamaan saya.

Saya mencari barangan barangan spare part di Bagan Penang. Disana terdapat pelbagai barangan spare part untuk mesin basuh dan lain-lain barangan elektronik. Dari segi harga juga tidaklah terlalu mahal dan saya ada juga buat perbezaan dengan barangan spare part di lazada.  Drain motor yang hendak dijual kepada saya ada 3 jenis iaitu:

  1. Drain motor jenis murah RM30 ( quality tak berapa yakin bewarna hitam kena otter sikit)
  2. Drain motor hampir sama kualiti  RM55 (warna putih tiada O ring cuma pakai yang asal)
  3. drain motor original RM120 (Lengkap semua O ring)
Drain motor mesin basuh toshiba
Drain motor mesin basuh toshiba ( belah kiri yang dibeli di kedai spare part masih berbungkus dalam plastik)

Saya beli yang harga rm55 mengikut bajet saya dan barang tidak perlu diubah suai cuma guna O ring yang lama.

Apa yang tak best yelah barang-barang spare part ini tiada warranti. So biasanya jarang rosaklah sebab depa da check dulu siap-siap sebelum nak jual pada pelanggan.

Untuk cara memperbaiki dan menukar drain motor anda boleh lihat video dibawah dan jangan lupa subscribe sekali taw.

Santron Electronics Tradings
Santron Electronics Tradings

Alamat kedai barang sparepart elektronik:

Santron Electronics Tradings

4192 Jln Kampung Benggali Kampung Benggali 12200 Butterworth, Butterworth, Penang, Malaysia, 12200

Google maps KLIK DISINI

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda.

 

 

About slumber 99 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*