Beli Barangan Bayi Murah Semasa Baby Expo

Jalan jalan Beli barang di baby expo

Baby expo yang berlangsung di PISA pulau pinang pada 2 hingga 4 disember 2016 sungguh menarik dan menghiburkan. Apa yang menarik di baby expo adalah orang ramai boleh membeli barangan keperluan bayi seperti baju, kasut, pampers, botol susu dan bermacam-macam lagi dengan harga yang murah. Karnival baby expo ini berlangsung dari jam 11 pagi sehingga jam 9 malam.

Antara perkara yang menarik yang terdapat di baby expo

kaunter pendaftaran
kaunter pendaftaran

Dinasihatkan bagi mereka yang hendak datang kesini supaya datang pada awal pagi kerana tapak parking akan sentiasa penuh sekiranya anda datang pada lewat petang. Oleh kerana kami sampai lewat petang, terpaksalah kami menunggu sehingga ada pengunjung yang mahu beredar pulang.

Bergambar je dapat hadiah payung
Bergambar je dapat hadiah payung

Tujuan kami ke sini adalah untuk mencari baby car seat dan membeli pampers serta baju baby. Ini kerana selepas 3 bulan sahaja kelahiran (baca disini) anak saya sudah tidak muat memakai pakaian bayi bersaiz 3 bulan kerana tubuh badannya semakin membesar dan perlu mencari pakaian yang besar sedikit dari usianya. Harga yang ditawarkan untuk baju baby bagi saya amat murah dan kualitinya juga amat baik. Kami membeli secara borong kerana harga baju baby hanya sekitar rm5 dan rm8 sahaja. Semasa masuk kami terus berbaris untuk mendaftar nama. Hanya nama, ic dan email yang diperlukan untuk mendaftar dan kami diberikan hadiah berupa beg percuma yang didalamnya terdapat beberapa barangan keperluan bayi dan cenderahati. Setelah bebaris kami terus mencari  baby car seat. Rambang mata juga untuk mencari baby car seat kerana terdapat pelbagai jenis dan harga yang ditawarkan. Ada yang mahal dan ada juga yang murah bergantung pada kualiti dan jenama.

Dapat juga beli car seat baby ni
Dapat juga beli baby car seat  ni

Setelah hampir setengah jam mencari, akhirnya saya membeli jenama maxi dengan harga rm239 sahaja. Itupun setelah tawar menawar kerana harga asal yang ditawarkan rm280. Kami juga ada membeli pampers mamy popo dan harganya juga murah hanya rm83 untuk 3 beg pampers bersaiz M.

Antara baju yang dijual secara longgok dengan harga murah
Antara baju yang dijual secara longgok dengan harga murah

Apa yang menghiburkan adalah terdapat pemberian hadiah untuk acara cabutan bertuah yang belangsung diantara jam 1 petang, 3 petang, 5 petang dan 7 petang. Hadiah  utama adalah sebuah stroller baby yang bernilai lebih dari rm200.

Terdapat surau didalam PISA dan ruang solat yang besar memudahkan golongan muslim menunaikan solat. Saya sempat menunaikan solat asar dan menunggu untuk acara cabutan bertuah yang akan belangsung pada pukul 7 petang. Malangnya untuk acara cabutan bertuah ini nama saya tidak dipanggil. Bukan rezeki kami nampaknya.

About slumber 105 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*