Tips Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat

Sakit gigi
Sakit gigi
 sakit gigi
sakit gigi

Ada banyak jenis kesakitan gigi yang dialami individu. Mungkin ia disebabkan jangkitan kuman, gigi rosak, rahang dan sebagainya, Rasa sakit gigi yang dialami cukup terseksa hingga boleh menyebabkan emosi kita terganggu. Tahukah anda, sebenarnya ada je kaedah rawatan untuk mengurangkan serta menyembuhkan sakit gigi dengan cara tradisional. Kalau tak sempat jumpa doktor gigi, korang guna bahan-bahan ini dan ikut prosedur yang kami nyatakan dekat bawah ni okay!

Sebelum mengetahui tips menghilangkan sakit gigi dengan cepat baca doa sebelum mengguna petua dibawah:

sakit gigi
Doa sakit gigi

1. Garam dan Lada
Korang kena campur garam dan lada dan hasilnya gigi korang akan sembuh dengan cepat. Ikut tips hilangkan sakit gigi di bawah ni:

– Ambil lada dan garam dan campurkan
– Jadikan pes tebal dan tambah sedikit air (beberapa titis)
– Masukkan pes pada gigi korang yang bermasalah atau sakit
– Tunggu beberapa minit
– Lakukan  prosedur ini sekali sehari selama beberapa hari berturut-turut

2. Bawang Putih
-korang ambil satu atau dua  ulas bawang putih , kunyah dan sakit akan hilang.
-selain bawang putih, korang boleh guna serbuk bawang putih dan masukkan campuran itu dalam gigi yang bermasalah.
-lakukan prosedur ini selama 3-4 hari.

3. Cengkih 
-Kisar dalam 3 biji cengkih, guna minyak zaitun atau minyak sayur dan campur dengan cengkih yang sudah dikisar. Masukkan dan letak pada gigi yang sakit
-Selain itu, korang boleh membuat campuran setengah gelas air putih dan 3-4 titik minyak cengkih dalam rangka mencipta ubat kumur semulajadi.
4. Bawang
-Ambil satu bawang merah dan kunyah selama beberapa minit. Cara ini akan meredakan kesakitan korang dengan cepat.
-kalau korang tak boleh nak kunyah bawang, hiris bawang dan letak di bahagian gigi yang sakit. Biarkan selama beberapa minit.

Senang je kan? Jangan ragu-ragu, cara ini dijamin berkesan dan korang boleh cuba Tips Hilangkan Sakit Gigi dengan buat di rumah.

Semoga tips-tips ini dapat memberi manfaat kepada anda sekiranya mengalami kesakitan berpunca daripada gigi.

About slumber 97 Articles
saya seorang blogger dan saya suka menulis berkaitan infomasi, isu isu semasa dan tip-tip berguna kepada masyarakat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*